Harian Metro

Perolehan suku ketiga RHB susut

-

Keuntungan sebelum cukai RHB Bank Bhd (RHB Bank) susut kepada RM644.07 juta pada suku ketiga berakhir 30 September

2017 daripada RM662.62 juta pada suku sama 2016.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a,

Khairussal­eh Ramli berkata, perolehan turut berkuranga­n kepada RM2.62 bilion daripada RM2.65 bilion pada tempoh sama.

“Perbankan runcit menjadi penyumbang terbesar merekodkan keuntungan sebelum cukai lebih rendah apabila susut 3.2 peratus kepada RM799.5 juta pada sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2017 disebabkan pendapatan berasaskan dana bersih lebih rendah berikutan persaingan hasil semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, perbankan perniagaan pula mencatatka­n keuntungan sebelum cukai RM277.2 juta pada sembilan bulan pertama, penurunan 15.9 peratus disebabkan peruntukan lebih tinggi untuk pinjaman dan pembiayaan serta perbelanja­an operasi yang meningkat.

“Perbankan borong merekodkan keuntungan sebelum cukai RM1.27 bilion, peningkata­n3.8 peratus daripada tempoh yang sama tahun sebelum ini,” katanya.

Mengenai unjuran, RHB Bank menjangkak­an ia mencatatka­n prestasi lebih baik tahun ini dengan terus menumpukan bidang pertumbuha­n terpilih di samping menguruska­n kualiti aset secara berkesan selain meningkatk­an produktivi­ti melalui pelbagai usaha pendigital­an.

 ??  ?? KHAIRUSSAL­EH
KHAIRUSSAL­EH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia