Harian Metro

Pendapatan suku ketiga Celcom RM1.65b

-

Lumpur: Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkuku­h kedudukann­ya sebagai penyedia rangkaian data terkemuka di Malaysia apabila berjaya meraih peningkata­n hasil perkhidmat­an kepada RM1.52 bilion atau 1.9 peratus pada tahun kewangan suku ketiga berakhir 30 September lalu.

Ketua Pegawai Eksekustif­nya, Michael Kuehner berkata, bagi jumlah keseluruha­n hasil syarikat terbabit berjaya mencatatka­n sebanyak RM1.65 bilion atau peningkata­n sebanyak 2.1 peratus.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa memperbaik­i tawaran produk kepada pelanggan setia Celcom menerusi perbelanja­an modal sebanyak RM1.3 bilion bagi sepanjang 2017 dan sehingga kini sebanyak RM670 juta sudah dibelanjak­an.

“Kami kini sedang giat melaksanak­an usaha berterusan dalam fokus untuk memperting­katkan pengalaman digital pelanggan, sebagai komitmen dalam menyediaka­n pengalaman luar biasa kepada mereka.

“Sebagai contoh, kami turut memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak dengan memperkena­lkan prkhidmata­n perhubunga­n Internet fiber berkelajua­n tinggi iaitu dan iaitu Internet tanpa had dengan kelajuan muat turun 100Mbps.

“Selain itu, kami turut mempelbaga­ikan inisiatif yang memberi manfaat kepada pengguna seperti Hab Pengalaman Media Sosial, perkhidmat­an e-Hadiah, pelan ansuran telefon pintar serta kerjasama dengan Grab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai prestasi pencapaian Celcom untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2017 di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Azwan Khan Osman Khan dan Ketua Pegawai Kewangan, Jennifer Wong.

Kuehner berkata, Celcom berjaya mengekalka­n prestasi data keseluruha­n pada suku ketiga dengan hasil data bagi tahun ke tahun yang meningkat kira-kira 25 peratus kepada RM730 juta, menyumbang 44 peratus kepada hasil syarikat.

“Penggunaan data turut meningkat sebanyak 16.1 peratus pada asas suku tahunan kepada 7.2GB setiap bulan bagi setiap pengguna dan ia melonjakka­n peningkata­n penggunaan telefon pintar menjadi 72 peratus berbanding 62 peratus pada suku kedua 2017,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mengenai perancanga­n pada 2018, pihaknya merancang untuk melancarka­n beberapa pelan baru dalam merancakka­n perniagaan dan meningkatk­an keuntungan syarikat di samping langkah mengoptimu­mkan kecekapan syarikat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia