Harian Metro

BIMB pertingkat inovasi digital

-

Penggiat kewangan Islam bersepadu, BIMB Holdings Bhd sentiasa menginovas­i penyelesai­an digital bagi memenuhi keperluan pelabur.

BIMB adalah syarikat induk bank Islam yang lengkap meliputi Bank Islam Malaysia Bhd, penyedia perkhidmat­an takaful, Syarikat Takaful Malaysia Bhd dan syarikat pembrokera­n saham patuh syariah sepenuhnya yang pertama di Malaysia, BIMB Securities Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB, Khairul Kamarudin berkata, dengan mengguna pakai digitalisa­si, syarikat itu merancang memudahkan pembanguna­n produk kewangan lain, mencipta semula pengalaman pelanggan dan mendorong budaya digital dalam kalangan tenaga kerja.

“Sebagai penyokong kuat dalam amalan perniagaan yang mampan, kami melihat inovasi teknologi sebagai kunci untuk mengekalka­n pertumbuha­n perniagaan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Khairul berkata, antara penawaran syarikat itu ialah Dana Dividen Global 1, kerjasama antara anak syarikat Bank Islam, BIMB Investment Management dan satu daripada syarikat pengurusan aset terkemuka dunia, Arabesque Asset Management.

“Dana itu menggunaka­n teknologi kewangan untuk pengoptimu­man dana serta pengalaman pelaburan pintar.

“Dengan menggunaka­n kecerdasan buatan dan teknologi analitik data besar, ia mampu memproses 77,000 saham, di seluruh dunia dengan 100 bilion titik data dalam pemilihan saham, memastikan pulangan optimum dan risiko yang boleh diurus," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia