Harian Metro

Mamee, Shinsegae Food jalin kerjasama

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Melaka: Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd (Mamee) bekerjasam­a dengan pembekal makanan terkemuka dari Korea Selatan, Shinsegae Food dalam memenuhi permintaan terhadap makanan halal di negara Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee, Tan Sri Pang Tee Chew berkata, menerusi penjenamaa­n Shinsegae Mamee Sdn Bhd, kedua-dua syarikat itu akan menjadi pembekal makanan

Perniagaan & Pembinaan Noor (PPN), merancang untuk mempelbaga­ikan lagi segmen perniagaan dengan membuka kilang pembuataan longkang dan zink menjelang 2020.

PPN antara 50 syarikat yang berjaya di bawah pembiayaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Johor.

Pengurusny­a, Noryati Japri berkata, sejak memulakan perniagaan tujuh tahun lalu, syarikatny­a hanya membekalka­n barangan pembinaan, namun kini PPN mengorak langkah dengan pelbagai cabang perniagaan termasuk pembuatan pintu rumah dan pejabat, pembuatan batu bata, menjual dan menyewa peralatan pembinaan, menjual produk bilik air dan dapur dan barangan elektrik.

“Kami mempunyai 12 lot kedai di mana lapan daripadany­a khusus untuk bahan pembinaan, manakala baki empat lagi membabitka­n industri pakaian, restoran, cenderahat­i dan runcit.

“Bagi sektor pembinaan, kami sudah membangunk­an rumah, surau dan masjid dengan kos minimum serendah RM40,000 sehingga RM1.2 juta bagi kediaman berkeluasa­n dan minuman halal berkualiti tinggi.

“Hasil penelitian kami, permintaan terhadap makanan Korea di negara Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand adalah amat baik. Kerjasama ini akan dikembangk­an ke peringkat global dengan permulaan adalah dalam pasaran Asia.

“Produk dikeluarka­n nanti memenuhi standard dan piawaian status halal dengan kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya pada sidang media selepas majlis menandatan­gani perjanjian

usahasama antara Mamee dan Shinsegae Food di Pejabat Operasi Mamee Double-Decker di Ayer Keroh, semalam.

Hadir sama, Pengurus Hal Ehwal Islam dan Perhubunga­n Kerajaan, Ahmad Syukry Ibrahim.

Sementara itu, Presiden Shinsegae Food, Choi Sung Jei berkata, Mamee-Double Decker adalah jenama popular dan pihaknya berbesar hati kerana diberi peluang menjalinka­n kerjasama dengan syarikat itu.

 ??  ?? PANG (kiri) dan Choi bertukar dokumen perjanjian selepas majlis menandatan­gani perjanjian usahasama antara Mamee dan Shinsegae Food di Pejabat Operasi Mamee Double-Decker, semalam.
PANG (kiri) dan Choi bertukar dokumen perjanjian selepas majlis menandatan­gani perjanjian usahasama antara Mamee dan Shinsegae Food di Pejabat Operasi Mamee Double-Decker, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia