Harian Metro

PAUT BAWAH BAS

- Agensi

 Dua budak ditemui menyorok bawah kenderaan selama tiga jam semata-mata mahu cari ibu bapa bekerja di bandar

Dua kanak-kanak bergadai nyawa apabila sanggup menyorok di bawah bas selama tiga jam dari rumah mereka di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi semata-mata untuk bertemu ibu bapa yang bekerja jauh di bandar.

Kanak-kanak berusia sekitar lapan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamata­n selepas perjalanan sejauh 80 kilometer (km) apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin, lapor media China.

“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.

Sebelum itu, mereka dikatakan melarikan diri dari sekolah sebelum sesi pembelajar­an bermula dan mencari ruang di bahagian bawah bas itu sebagai tempat menyorok.

Perjalanan agak jauh yang dilalui kedua kanak-kanak itu menyebabka­n anggota badan masing-masing dipenuhi lumpur sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

Dua sahabat itu ‘menumpang’ bas yang melakukan perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitah­u bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapka­n hati’ mereka,” kata pekerja itu.

Berdasarka­n sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di China, dianggarka­n terdapat sekitar 23 juta kanak-kanak terpaksa ditinggalk­an di kawasan pedalaman negara itu.

Ini disebabkan ibu bapa masing-masing keluar bekerja di bandar besar seperti Guangdong.

Situasi itu menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan aktivis dan NGO yang menegaskan bahawa kanak-kanak tidak boleh ditinggalk­an bersendiri­an di rumah tanpa penjaga.

 ??  ?? KANAK-KANAK terbabit ditemui terselit dan berpaut di bawah bas selepas tiga jam. - Agensi
KANAK-KANAK terbabit ditemui terselit dan berpaut di bawah bas selepas tiga jam. - Agensi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia