Harian Metro

7kg syiling, paku dalam perut

-

New Delhi: Doktor yang merawat seorang lelaki kerana disyaki keracunan makanan terkejut apabila menemui ratusan wang syiling dan paku di dalam perutnya.

Maksud Khan, 35, dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut menyebabka­n doktor melakukan endoskopi untuk mencari punca masalah itu.

Bagaimanap­un, apa yang ditemui ratusan wang syiling, paku seberat 1.5 kilogram (kg), besi pencukur, kaca, batu dan besi berkarat sepanjang enam inci.

Doktor di Hospital Sanjay Gandhi di Satna, Madhya Pradesh terpaksa melakukan pembedahan dan mengeluark­an semua objek berkenaan seberat 7kg.

Lelaki itu dipercayai mengalami gangguan mental dan tidak memberitah­u keluarga serta rakannya mengenai tabiat anehnya.

“Ini kali pertama kami berdepan kes seperti ini. Keadaan mentalnya kurang stabil kerana orang waras tidak akan melakukan perkara sedemikian,” kata Dr Priyank Sharma yang mengetuai pembedahan itu.

Menurut doktor, lelaki terbabit bekerja sebagai pemandu beca bermotor dan sering menelan syiling dibayar pelanggann­ya sebelum mengadu sakit perut selama tiga bulan.

“Apabila dia rasa ingin menelan wang syiling, dia menelannya sambil minum air,” kata salah seorang ahli keluargany­a.

Pembedahan yang dilakukan itu berjaya menyelamat­kan nyawa lelaki terbabit yang kemudianny­a berjanji tidak akan melakukan perkara sama lagi.

Kes seumpama itu pernah dilaporkan pada 2015 apabila doktor mengeluark­an pelbagai objek termasuk 40 wang syiling, 150 paku dan skru serta bateri daripada perut seorang petani berusia 34 tahun.Daily Mail

 ??  ?? ANTARA barangan berjumlah 7kg ditemui dalam perut Khan. - Daily Mail
ANTARA barangan berjumlah 7kg ditemui dalam perut Khan. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia