Harian Metro

10 mayat, dua bot terdampar

-

Tokyo: Kira-kira 10 mayat reput dan dua bot ditemui di pantai Jepun dipercayai berasal dari Korea Utara, kata pihak berkuasa semalam.

Penemuan itu hanya beberapa hari selepas lapan nelayan juga dari Korea Utara terdampar di pantai sama.

Menurut polis, dua mayat ditemui di kawasan berasingan di pulau Sado yang terletak kira-kira 750 kilometer dari Korea Utara merentasi Laut Jepun (Laut Timur).

Pegawai kanan polis tempatan, Hideaki Sakyo berkata: “Mayat berkenaan mula membusuk dan sukar dikenal pasti.”

Turut ditemui berhampira­n, beberapa peti tembakau Korea Utara, serpihan bot dan jaket keselamata­n dengan tulisan Korea.

Sebuah bot kayu dengan peralatan mencandat sotong turut ditemui di pantai berkenaan.

Menurut Sakyo, ombak tinggi menyukarka­n kerja menyiasat sejak bot itu pertama kali ditemui pada Jumaat lalu.

Rakaman televisyen menunjukka­n bot dengan lapan nombor padanya, yang terdampar di Semenanjun­g Oga, kelmarin.

“Tiada apa yang ditemui di pantai berhampira­n dan setakat ini kami tidak menemui sebarang kaitan langsung dengan Korea Utara,” kata jurucakap pengawal pantai.

Berpuluh-puluh kapal nelayan Korea Utara terdampar di pantai Jepun setiap tahun.

Kadangkala kru kapal ditemui mati di laut, dalam fenomena dirujuk media tempatan sebagai ‘kapal berhantu.’

Pakar mengatakan nelayan Korea Utara berlayar jauh ke laut dalam bagi memenuhi mandat kerajaan untuk memperoleh­i tangkapan lebih memuaskan.

Bagaimanap­un, bot digunakan mereka sering terdedah kepada masalah teknikal dan masalah lain termasuk kehabisan minyak serta kesukaran meminta bantuan.

Mangsa yang terselamat biasanya memohon untuk dihantar pulang ke negara mereka, tetapi segelintir yang memang melarikan diri dari Korea Utara akan dihantar ke Korea Selatan. - AFP

 ??  ?? BOT yang terdampar dengan lapan mayat mereput ditemui pengawal pantai Jepun di Oga. - Reuters
BOT yang terdampar dengan lapan mayat mereput ditemui pengawal pantai Jepun di Oga. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia