Harian Metro

KONDISI TERBAIK

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Chong Wei optimis raih lebih banyak trofi kejuaraan selepas tahap fizikal kembali cergas

“Kini, saya berasa lebih baik, saya mahu lupakan kekecewaan sebelum ini dan memandang ke hadapan dalam usaha memburu lebih banyak kejayaan,” kata Chong Wei.

Selain menewaskan juara Olimpik 2016, Chen Long pada aksi final, kelmarin, Chong Wei turut membuktika­n kejayaanny­a bukan sekadar nasib apabila dia turut mengetepik­an pemain nombor dua dunia, Son Wan Ho dari Korea Selatan pada aksi suku akhir dan pemain nombor lapan dunia, Shi Yuqi (China) di separuh akhir.

Mengenai masa depannya, Chong Wei, berkata dia akan beraksi pada saingan Siri Super Akhir di Dubai yang juga kejohanan terakhir buat dirinya.

“Selepas itu, saya mahu berehat. Saya mahu kembali dengan semangat lebih tinggi pada saingan Seluruh England tahun depan.

“Saya juga akan melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia, dua temasya ini hanya berlangsun­g empat tahun sekali, jadi saya akan lebih fokus.

“Saingan Piala Thomas dan Kejohanan Dunia juga antara kejohanan utama tahun

depan tapi saya serahkan kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk membuat keputusan kejohanan yang saya perlu sertai,” katanya.

Walaupun berjaya merekodkan keseluruha­n 46 gelaran Siri Super, bekas pemain nombor satu dunia itu masih gagal untuk meraih gelaran kejohanan utama seperti Sukan Asia, Piala Thomas, Kejohanan Dunia dan Olimpik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia