Harian Metro

Penting selami hati budi anak buah

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei optimis lebih banyak kejayaan bakal diraih selepas mengakui tahap fizikalnya kini sudah kembali berada pada tahap terbaik.

Empat bulan lalu, pemain berusia 35 tahun itu ditunjukka­n jalan keluar pada pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, tetapi dia menutup mulut pengkritik apabila merekodkan gelaran kedua Siri Super tahun ini dengan menjuarai Terbuka Hong Kong di Kowloon, kelmarin.

Kejuaraan pertamanya tahun ini adalah Seluruh England 2017, Mac lalu.

Chong Wei yang tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam berkata: “Empat bulan lalu saya berada dalam keadaaan yang mengecewak­an. Dari aspek fizikal, saya tidak berada pada tahap terbaik.

“Agak sukar untuk mencari rentak dan saya juga bergelut dalam beberapa kejohanan sebelum Terbuka Hong Kong. Kuala Lumpur: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek menegaskan penting untuk beliau mengenali hati budi anak buahnya terlebih dahulu bagi membantu mereka meningkatk­an prestasi.

Justeru, beliau menyifatka­n saingan Korea Masters yang bermula hari ini akan menjadi satu lagi medan untuk dia terus melakukan penilaian ke atas barisan pemain perseorang­an lelaki.

Kejohanan yang berlangsun­g di Gwangju itu bakal menyaksika­n tiga wakil perseorang­an lelaki Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

(gambar)

mengambil bahagian diketuai Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven dan Tan Jia Wei.

“Ini hanya kejohanan kedua saya akan duduk di belakang pemain dalam perlawanan (sejak dilantik sebagai ketua jurulatih perseorang­an lelaki pada Julai lalu). Kali pertama adalah pada Cabaran Antarabang­sa Malaysia dua minggu lalu.

“Ini peluang untuk saya mengenali mereka lebih mendalam dari semua aspek. Untuk membantu, saya perlu kenal setiap pemain terlebih dahulu dan dari situ baru saya tahu bagaimana cara terbaik bagi menolong mereka,” kata Misbun.

Iskandar akan membuka tirai saingan menentang pemain Taiwan, Lin Chia Hsuan manakala Joo Ven bertemu Milan Ludik (Republik Czech) dan Jia Wei berdepan Jong Soo Hwang (Korea Selatan).

Bagi Misbun, bukan keputuan yang terlalu difikirkan sebaliknya cara pemain untuk mengatasi tekanan dalam setiap perlawanan yang lebih penting.

“Kalau mereka bijak mengatasi tekanan, sudah pasti keputusan positif akan ada. Jadi, saya mahu mereka bermain seperti biasa dan tunjukkan kemampuan sebenar,” katanya.

Misbun turut memaklumka­n saingan Korea Masters turut menjadi medan untuk beliau membuat penilaian bagi menyenarai­kan pemain dalam skuad negara menghadapi Kejohanan Berpasukan Asia di Kedah, Februari depan yang juga pusingan kelayakan Piala Thomas 2018.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia