Harian Metro

Norliyana yakin layak ke Sukan Komanwel, Asia

- Mohd Kharie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Atlet olahraga negara, Norliyana Kamaruddin optimis mampu menempatka­n diri dalam skuad Sukan Komanwel Australia serta Sukan Asia Indonesia, masing-masing dijadual berlangsun­g tahun depan.

Atlet berusia 26 tahun itu berkata secara peribadi dia mahu tampil dalam kedua-dua kejohanan itu serta membuat penampilan sulung sekali gus memecahkan rekod kebangsaan dalam acara heptatlon.

“Tahun depan sasaran saya adalah untuk beraksi di Sukan Komanwel dan Asia, tapi semua temasya itu memerlukan kelayakan.

"Bagi saya lebih mudah untuk berikan saingan di Sukan Asia dan saya akan berusaha untuk menamatkan saingan dalam kedudukan lima terbaik walaupun sedar

(gambar)

keputusan hanya dapat diketahui pada hari kejohanan.

“Saya juga merancang untuk menaikkan mata dalam heptatlon dalam setiap kejohanan yang saya sertai selain memecahkan rekod kebangsaan,” kata Norliyana ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, atlet yang berasal dari Palong, Negeri Sembilan ini menjelaska­n dia ketika ini mengalami sedikit kecederaan namun tetap meneruskan latihan seperti biasa.

Anak keempat dari lima beradik ini berkata dia sentiasa bekerja keras kerana dalam masa sama ingin mendapatka­n pingat untuk temasya Sukan SEA di Filipina pada 2019 andai masih aktif dalam olahraga.

Untuk rekod, Norliyana mengukir sejarah tersendiri ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu selepas memecahkan rekod berusia 36 tahun milik Datuk Zaiton Othman.

Meskipun hanya menamatkan saingan di kedudukan keempat, Norliyana berjaya menamatkan saingan dengan himpunan 5247 mata, mengatasi rekod lama iaitu milik Zaiton iaitu 5,175 mata yang dicipta di Sukan SEA Manila 1981.

Heptatlon adalah pertanding­an untuk peserta wanita yang membabitka­n tujuh acara iaitu 110 meter berpagar, lontar peluru, lompat tinggi, 200m, 800m, lompat jauh, dan merejam lembing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia