Harian Metro

Hanya Timmy pemain terbaik

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Lumpur: Skuad bowling lelaki negara mengharung­i nasib sama seperti pasukan wanita apabila tiada seorang daripada enam pemain melepasi peringkat separuh akhir Kejuaraan Bowling Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat, kelmarin.

Selepas enam permainan, Timmy Tan muncul pemain terbaik negara apabila mengumpul keseluruha­n 1,286 jatuhan pin dengan hanya empat pemain layak beraksi di pusingan kalah mati yang berlangsun­g di South Point Bowling Plaza.

Pemain Belanda, Xander Van Mazijk mengumpul jatuhan pin terbanyak dengan 1,373 diikuti pemain Puerto Rico, Israel Hernandez (1,361) jaguh Taiwan, Wu Hao Ming (1,337) dan pemain Jerman, Tobias Boerding

(gambar)

(1,319).

Pengurus pasukan, Maradona Chok sekali lagi menyalahka­n prestasi buruk pemainnya disebabkan peralihan corak minyak di lorong balingan.

“Pemain kami berdepan masalah sama seperti pasukan wanita yang bermain sehari lebih awal,” kata Maradona. “Coraknya menyebabka­n reaksi bola yang tidak konsisten dan sukar untuk mendapatka­n strike.

“Seperti pasukan wanita, bola perlu dilaraskan kembali. Jurulatih ketika ini sedang berusaha untuk mengatasin­ya.”

Bekas juara dunia, Syafiq Ridhwan sekadar mengumpul 1,222 jatuhan pin untuk menghuni tangga ke-45 diikuti Ahmad Muaz Fishol (1,218) ke-50, Rafiq Ismail (1,214) ke-53, Alex Liew (1,190) ke-73 dan Adrian Ang (1,169) ke-90.

Gandingan beregu lelaki Timmy-Muaz, Adrian-Syafiq dan Rafiq-Alex akan beraksi hari ini diikuti beregu wanita, hari ini.

 ??  ?? KIAN Meng (kiri) dan Pei Jing tumpas kepada pasangan Zhang Nan, Liu Xuanxuan.
KIAN Meng (kiri) dan Pei Jing tumpas kepada pasangan Zhang Nan, Liu Xuanxuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia