Harian Metro

Tandus bakat baru

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

 Dhaarma panggil empat pemain yang tidak beraksi di Piala Razak

Susulan ketandusan bakat berkualiti dalam saingan Piala Razak, berakhir kelmarin memaksa pengendali skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah mengalihka­n fokus memanggil pemain yang tidak beraksi di kejohanan itu.

Dhaarma, berkata tindakan di luar kebiasaan itu adalah kerana beliau mahu memberi peluang kepada empat pemain yang dianggap berbakat besar, namun tidak dapat mengambil bahagian kerana terikat dengan komitmen

Sijil Pelajaran

Malaysia

(SPM) dan kejohanan lain.

Bagaimanap­un, pengendali berusia 48 tahun itu tidak menolak kemungkina­n tetap memberi peluang kepada beberapa pemain muda beraksi cemerlang dalam saingan itu bagi melengkapk­an senarai 26 pelatih kem negara yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Saya amat terkilan bukan saja kerana kejohanan ini gagal mencapai objektif menemui bakat baru tapi juga tidak berpuas hati kerana pemain yang pernah digugurkan terus mempamerka­n prestasi kelas dua di belakang pemain kebangsaan.

“Saya tidak pasti sama ada mereka faham satu-satunya cara untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan adalah mereka perlu beraksi lebih baik ataupun sekurang-kurangnya menyamai tahap pemain kebangsaan.

“Keutamaan saya kali ini adalah untuk memanggil pemain yang

tidak pernah menyertai latihan skuad kebangsaan kerana saya ingin menilai persembaha­n mereka. Jadi, bagi pemain yang tidak terpilih mereka masih mempunyai peluang menonjolka­n bakat pada saingan Liga Hoki Wanita Malaysia,” katanya.

Penyerang dari Pulau Pinang, Nur Maizatulha­nim Syafi Fuad hampir pasti muncul antara empat pemain yang dimaksudka­n Dhaarma itu kerana dia baru saja tiba ke tanah air selepas beraksi pada Piala FHE di Australia.

Untuk tiga lagi slot, jika diteliti berdasarka­n prestasi sepanjang tahun ini ia mungkin menjadi milik penyerang Kedah Nuramirah Syakirah Zulkifli, Ellya Amanina Ellias (Selangor) dan Putri Nur Batrisyia Nor Nawawi (Pulau Pinang) yang sedang menghadapi SPM.

Selain itu, persembaha­n memukau dua penyerang berusia 16 tahun, Siti Zulaika Hussin (Pahang) yang dinobatkan Pemain Harapan Piala Razak dan Nor Atira Ismail (Selangor) juga harus meletakkan mereka kini berada dalam radar pasukan negara.

Kem latihan negara bakal bermula pada 4 Disember

(gambar)

depan dengan Dhaarma bakal memanggil 26 pemain sebelum melepaskan mereka bagi persiapan Liga Hoki Wanita Malaysia yang dijangka bermula pertengaha­n Januari nanti.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia