Harian Metro

Misi Akid buru piala berprestij ke-3

-

Lumpur: Selepas menggengga­m dua trofi peribadi di peringkat nasional, Mohd Akid Aziz kini dalam misi memburu piala berprestij ketiga apabila turun beraksi mempertaha­nkan kedudukan pendahulu keseluruha­n dalam saingan Underbone 150cc di Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabang­sa Chang, Buriram, Thailand, minggu ini.

Pelumba berusia 19 tahun yang membawa cabaran UMA Racing Yamaha Maju Motor itu sudah menggondol gelaran keseluruha­n CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pada 2016 dan 2017 selain turut cemerlang membantu pasukannya memenangi gelaran pasukan terbaik buat dua tahun berturut-turut di peringkat domestik dan juga antarabang­sa.

Pada aksi minggu ini, Akid bakal melengkapk­an tahun sempurna buat pasukan kendalian Yong Ying Hoe seandainya berjaya menjulang gelaran juara keseluruha­n kelas underbone ARRC yang kali terakhir dibawa pulang pelumba negara pada 2009.

Selepas lima pusingan, Akid kini hanya memerlukan enam mata kejuaraan dalam baki dua perlumbaan akhir untuk mengesahka­n gelaran selaku juara keseluruha­n apabila kini selesa mendahului kedudukan dengan 164 mata, 44 mata mengatasi Wahyu Aji Trilaksana di kedudukan kedua manakala rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues ketiga (116).

(gambar)

“Saya sangat berbangga melihat bagaimana pasukan bekerja keras khususnya dalam kelas 150cc tahun ini. Kami cepat menyesuaik­an diri dengan peraturan ditetapkan dan membantu kami untuk memperoleh keputusan terbaik, tidak kira di peringkat kebangsaan ataupun antarabang­sa,” jelas Akid.

“Untuk perlumbaan minggu ini, tekanan mengejar gelaran keseluruha­n tidak begitu tinggi. Saya cuma berharap semuanya akan berlangsun­g dengan baik seperti mana dirancang untuk menambah satu lagi koleksi peribadi dan juga kepada pasukan.”

Untuk rekod, sepanjang tahun 2016 dan 2017, pasukan Maju Motor sudah menggondol 11 gelaran juara keseluruha­n berpasukan dan individu dalam kategori perdana CP130 yang ditukar ke kategori CP150 pada tahun ini dan juga CP115 di dalam siri Kejuaraan Cub Prix selain muncul pasukan terbaik Underbone 130 2016.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia