Harian Metro

Peluang Jin Kun tempah emas poomsae di Sukan Asia 2018

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my

Kuala Lumpur: Atlet taekwondo negara Yong Jin Kun berpeluang menempah sejarah dengan menjuarai pingat pertama negara dalam acara poomsae di Sukan Asia, Indonesia tahun depan.

Begitupun di sebalik kejayaan memenangi pingat gangsa acara berpasukan di Kejuaraan Asia di Manila, Filipina tahun lalu (bersama Kok Jun Ee dan Chew Wei Yang) selain pingat emas dalam acara campuran di Terbuka Korea, awal tahun ini (bersama Yap Khim Wen), Jin Kun tetap bimbang dengan tugasan diletakkan di bahunya itu.

“Memang saya amat teruja apabila poomsae akan disenaraik­an buat pertama kali dalam Sukan Asia,” kata Jin Kun. “Tapi ketika ini secara realistik amat sukar untuk bercakap mengenai peluang kami atas beberapa sebab.

“Sukan Asia menggunaka­n format yang baharu dan menggunaka­n gaya baharu iaitu lebih dinamik dan kontempora­ri. Juga akan ada kategori bebas dalam acara poomsae.

“Kami ada mendengar beberapa negara menggunaka­n beberapa set pemain berbeza untuk disiplin ini, jadi kami menjangka untuk berjumpa dengan lawan berbeza berbanding yang biasa kami temui dalam acara poomsae.

“Begitupun, kami akan terus berlatih dengan gigih dan mempelajar­i format baharu ini. Jelas kami akan melakukan yang terbaik untuk cuba dan memenangi pingat.”

Jin Kun yang menang empat pingat gangsa dan dua perak dalam tiga edisi Sukan SEA sebelum ini menambah dia merasa lebih matang dan tenang untuk menghadapi kejohanan besar ketika ini.

Atlet berusia 22 tahun itu percaya skuad negara akan mendapat gambaran dengan lebih jelas mengenai lawan mereka apabila beraksi di Kejuaraan Asia yang berlangsun­g di Vietnam, Mei depan.

 ??  ?? DARI kiri, Jin Kun, Wi Yan dan Jun Ee menjalani latihan bersama.
DARI kiri, Jin Kun, Wi Yan dan Jun Ee menjalani latihan bersama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia