Harian Metro

Cabaran otai

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Penyertaan pelumba kategori otai dalam Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HM MTBGP) yang akan berlangsun­g di Sungai Buaya, 2 Disember ini membuktika­n mereka masih berbisa walaupun sudah sedikit berusia.

Kali ini, pasukan Makin Otai Makin Osem X-treme (MOMOX) antara pasukan yang akan memberi saingat hebat kepada pasukan lain.

Ketua pasukan itu, Mohamad Rasul Basri, 45, berkata pihaknya menghantar lima pelumba dalam kategori terbuka lelaki, junior master lelaki dan senior master lelaki.

“Mereka kini giat menjalani latihan intensif secara berkala setiap minggu dalam

 MOMOX janji beri saingat hebat kepada pasukan lain

menyiapkan diri secara fizikal dan mental.

“Selain itu, kita akan membuat latihan di pelbagai trek dengan jarak lebih 40 kilometer bagi menghadapi laluan mencabar di Sungai Buaya sepanjang 38.7 kilometer nanti.

“Kami sudah bersedia menghadapi acara berbasikal yang dianggap bertaraf lima bintang ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia dan pasukannya pernah menyertai acara sama namun tidak mendapat trofi dengan hanya sekadar menghabisk­an kayuhan.

“Namun, kami mahu menebus kekalahan lalu dan bukan hanya memberi saingan serta menamatkan kayuhan semata-mata.

“Kami menyasarka­n salah seorang daripada kami berjaya menaiki podium dan akan berusaha fokus membuat yang terbaik,” katanya.

Kata Mohamad Rasul, mereka juga bukan sekadar fokus pada latihan malah membuat persiapan rapi termasuk menyediaka­n kelengkapa­n dengan sempurna supaya tidak timbul masalah pada perlumbaan kelak.

“Mujur salah seorang anggota kami tahu masalah dan selok belok mengenai basikal. Dia yang banyak membantu dan menyiapkan jentera kami dalam menghadapi perlumbaan,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN Otai Makin Osem X-treme (MOMOX) sedia memberi saingan kepada pasukan lain.
PASUKAN Otai Makin Osem X-treme (MOMOX) sedia memberi saingan kepada pasukan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia