Harian Metro

Perancis julang Piala Davis kali ke-10

-

Lille: Lucas Pouille menewaskan pemain Belgium Steve Darcis 6-3, 6-1, 6-0 pada perlawanan penentuan untuk mengesahka­n kejayaan Perancis menjulang Piala Davis buat kali ke-10 di depan penyokong sendiri.

David Goffin berjaya menyamakan kedudukan 2-2 untuk Belgium selepas menewaskan Jo-Wilfried Tsonga, bagaimanap­un Pouille mengubah nasib Perancis yang meraih kemenangan pertama sejak 2001.

Pouille tewas mudah kepada Goffin pada perlawanan perseorang­an pertama, Jumaat lalu, tetapi pemain yang menduduki ranking ke-18 dunia itu mempamer aksi meyakinkan untuk menewaskan Darcis dalam tempoh satu jam 34 minit.

“Tiada yang lebih menarik berbanding memenangi kejuaraan secara berpasukan, di depan penyokong sendiri, keluarga dan rakan-rakan.

“Kami akan meraikan kejayaan ini dan saya cukup berbangga dengan pasukan ini,” kata Pouille.

Kejayaan mereka menerima pujian Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerusi akaun Twitter miliknya: “Tahniah kepada pasukan ini yang membuatkan semua rakyat Perancis sangat

(gambar)

gagal mencari gol penyamaan.

“Amat sukar bertemu dengan lawan yang sangat berkualiti,” kata pemain tengah Monaco, Fabinho. berasa bangga.”

Bagi Yannick Noah, ia adalah kejayaan ketiganya sebagai kapten yang kembali mengetuai pasukan bermula 2015 selepas dua kali menggalas tugas selaku kapten pada era 1990an.

Noah, pemain Perancis terakhir yang memenangi gelaran Grand Slam pada 1983 di Terbuka Perancis, membuktika­n pemilihan pemain yang dilakukann­ya tepat meskipun melakukan keputusan mengejut dengan menyenarai­kan Richard Gasquet berganding­an bersama Pierre-Hugues pada perlawanan beregu semalam yang dimenangi oleh gandingan itu.

“Mempunyai empat pemain yang memenangi tiga perlawanan adalah amat hebat.

“Setiap orang mahukan kejayaan ini. Semangat sepasukan kami mengatasi segala-galanya. Saya sangat gembira dengan kejayaan ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia