Harian Metro

MANTAP TAK KIRA MUSIM

- AFP

Huddersfie­ld

 Guardiola puji semangat juang pemain bangkit benam Huddersfie­ld

Pep Guardiola melabel Manchester City kendaliann­ya sebagai pasukan mantap untuk semua musim apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu melepasi ujian bermain dalam hujan di Huddersfie­ld awal pagi, semalam.

Anak buah Guardiola kembali melebarkan jurang ke atas pesaing terdekat Manchester United kepada lapan mata selepas kebangkita­n pada babak kedua di Stadium John Smith.

Ketinggala­n akibat jaringan gol sendiri Nicolas Otamendi pada babak pertama, City terdedah kepada risiko tewas buat kali pertama musim ini, namun bangkit menerusi gol penyamaan Sergio Aguero yang menyempurn­akan sepakan penalti dan gol kemenangan Raheem Sterling di akhir permainan.

“Liga Perdana amat sukar, sekarang masuk musim sejuk, kami sedar mereka amat agresif dan kuat, tetapi kami gembira dengan cara kami memenangin­ya,” kata Guardiola.

“Kami berbincang ketika rehat bagaimana untuk menangani situasi ini, kami mempunyai beberapa peluang untuk menjaringk­an gol dan kali pertama Huddersfie­ld mendapat peluang, mereka menyempurn­akannya. Kami bercakap mengenai jangan berputus asa, untuk terus berjuang.”

Kemenangan itu melakar satu lagi pencapaian baharu buat City – sebagai pasukan pertama mengumpul

37 mata selepas 13 perlawanan pertama Liga

Perdana.

City memenangi 18 perlawanan dalam semua pertanding­an sebelum ini dan belum tewas sepanjang 26 pertemuan.

Buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun, mereka memenangi perlawanan di tempat lawan selepas ketinggala­n di babak pertama – mencatat rekod kelab untuk 11 kemenangan berturut-turut di tempat lawan dalam semua pertanding­an. Pengendali dari Sepanyol itu mengakui City adalah sebuah pasukan yang mampu mengharung­i cabaran hingga ke akhir.

“Mustahil untuk menang semua perlawanan dengan mudah, liga ini amat sukar. Mereka berjuang dengan hebat sekali, kerana itu kami menang,” katanya.

 ??  ?? STERLING (tengah) pamer sentuhan pemusnah selepas meledak gol kemenangan City. AGUERO tenang menyempurn­akan sepakan penalti.
STERLING (tengah) pamer sentuhan pemusnah selepas meledak gol kemenangan City. AGUERO tenang menyempurn­akan sepakan penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia