Harian Metro

Gunners lega tetap menang tanpa Ozil

-

Burnley: Arsene Wenger memuji kejituan perwatakan Arsenal selepas skuad kendaliann­ya itu merakam kemenangan dramatik 1-0 ke atas Burnley walaupun tanpa kelibat perancang utama Mesut Ozil.

Selepas kemenangan ke atas seteru tetangga Tottenham minggu lalu, Wenger mengharapk­an Arsenal mampu mengekalka­n rentak berkenaan dan memperbaik­i rekod di tempat lawan di mana mereka hanya mengutip empat mata musim ini.

Bermain tanpa arkitek Jerman, Ozil dan menentang Burnley yang berkongsi mata dengan mereka sebelum perlawanan, menjadikan kemenangan itu cukup bermakna buat Wenger.

“Bagi kami, selepas kemenangan ke atas Tottenham, penting untuk kami bermain di luar laman sendiri dan memenangin­ya,” kata Wenger yang skuad kendaliann­ya kini melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

“Dan itulah yang kami lakukan. Ia amat penting untuk pasukan. Mereka menunjukka­n karakter yang hebat kerana kami berjaya mengelak dibolosi walaupun Burnley berusaha bersungguh-sungguh.

“Kami menang 1-0, tapi tahniah buat ketiga-tiga pertahanan kami kerana mereka melakukan tugas yang menakjubka­n.”

Ozil tidak dapat diturunkan akibat kurang sihat dan tahap kecergasan­nya akan dinilai sebelum perlawanan Arsenal seterusnya menentang Huddersfie­ld esok.

“Doktor datang berjumpa saya dan berkata Mesut terpaksa pulang,” kata Wenger. “Dia berada di hotel bersama kami, tapi kemudian terpaksa pulang.

“Ada masalah trafik ketika kami datang ke sini jadi kami tiba sekitar jam 1 tengahari dan hanya 17 daripada kami. Betapa serius masalah kesihatann­ya, adakah dia dapat bermain esok? Kita tunggu dan lihat.”

Alexis Sanchez meledak gol tunggal permainan menerusi sepakan penalti dalam masa kecederaan selepas James Tarkowski mengasari Aaron Ramsey walaupun dibantah oleh pemain serta penyokong Burnley, Wenger yakin pengadil Lee Mason membuat keputusan tepat.

Beliau turut merasakan Arsenal sepatutnya diberikan penalti lebih awal apabila Robbie Brady menerjah Hector Bellerin di dalam kotak penalti.

“Dari luar ia kelihatan 100 peratus penalti,” kata Wenger. “Saya tidak tahu mengapa dia menolaknya dengan kedua-dua belah tangan dari belakang.

“Terdapat satu lagi ke atas Bellerin, saya boleh faham mengapa mereka kecewa tetapi dari luar ia kelihatan seperti penalti. Dia mengalami kesakitan di leher, tolakan itu cukup kuat,” katanya. – AFP

 ??  ?? WENGER SANCHEZ meraikan jaringan menerusi sepakan penalti ke atas Burnley.
WENGER SANCHEZ meraikan jaringan menerusi sepakan penalti ke atas Burnley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia