Harian Metro

Mourinho cari formula pertajam serangan

-

London: Jaringan semakin berkuranga­n buat Manchester United dalam beberapa perlawanan terakhir, dan pengendali­nya Jose Mourinho berharap sempat mengadun formula serangan terbaik menjelang kunjungan ke Watford hari ini.

United terpaksa mengharapk­an gol sendiri Lewis Dunk untuk menewaskan Brighton and Hove Albion 1-0 kelmarin dan ketumpulan mereka membawa padah apabila tewas 1-0 di Basel dalam saingan Liga Juara-Juara.

Mourinho berkata, beliau menurunkan terlalu ramai penyerang ketika menentang Brighton selepas menggandin­gkan Anthony Martial, Marcus Rashford dan Juan Mata di belakang Romelu Lukaku.

“Gerakan kami (menentang Brighton) amat lemah,” kata Mourinho. “Tiga pemain yang bermain dengan Lukaku tidak mendapat bola. Kami gagal dalam situasi satu lawan satu.

“Marcus tidak mendapat perlawanan yang menggembir­akannya. Jadi, kami tidak dapat mencipta peluang dan mempunyai masalah di bahagian pertahanan ketika berdepan serangan balas daripada pasukan yang bagus.”

United tewas 0-1 di Chelsea pada awal bulan ini dan hanya sekali sepanjang November, ketika kemenangan 4-1 di laman sendiri ke atas Newcastle United, menampilka­n corak menyerang yang licik seperti ketika di awal kempen.

Tetapi dengan Chelsea, Tottenham Hotspur dan Liverpool semuanya tercicir mata di hujung minggu, United kini berseorang­an dalam memburu pendahulu liga Manchester City.

Mereka kini ketinggala­n lapan mata di belakang kelab tetangga kendalian Pep Guardiola yang hanya akan beraksi esok, menentang Southampto­n di Stadium Etihad. –AFP

 ??  ?? LUKAKU (kiri) gagal hambur bisa tanpa sokongan rakan sepasukan.
LUKAKU (kiri) gagal hambur bisa tanpa sokongan rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia