Harian Metro

Pardew tawar diri bimbing West Brom

-

London: Alan Pardew berunding dengan West Bromwich Albion mengenai jawatan pengendali di kelab Liga Perdana Inggeris itu yang hingga kini masih belum diisi.

Selepas bekas pengendali West Ham, Slaven Bilic menolak lamaran Albion, kini bekas bos Crystal Palace, Pardew menjadi calon utama mengisi kekosongan ditinggalk­an Tony Pulis yang dipecat awal minggu lalu.

Pardew pernah bekerjasam­a dengan pengarah teknikal West Brom, Nick Hammond ketika beliau membimbing Reading dan kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas dipecat Palace pada Disember 2016.

Ditanya berkenaan laporan baru-baru ini yang mengatakan beliau ada berbincang dengan West Brom, Pardew memberitah­u Sky Sports: “Saya ada berbincang dengan mereka. Jelas sekali ia jawatan yang menarik dan kita lihat apa keputusann­ya.

“Ia sebuah kelab yang mempunyai barisan pemain yang bagus dan saya rasa ia peluang terbaik untuk seorang pengendali dan saya jika ianya saya, maka sayalah orangnya.

“Mereka mempunyai kualiti yang baik di sana dan mungkin mereka sepatutnya mencapai sesuatu yang lebih baik daripada sekarang.”

Pulis dipecat pada 20 November selepas hanya merakam dua kemenangan dalam 21 perlawanan Liga Perdana. Gary Megson yang mengendali West Brom dari 2000 hingga 2004, mengambil alih sementara pasukan dan mengikat Tottenham 1-1 Sabtu lalu.

Megson dijangka kekal sebagai pengendali buat pasukan di tangga ke-17 liga itu pada perlawanan menentang Newcastle di laman sendiri esok. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia