Harian Metro

‘Tak payah jauh sangat...’

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

 Kim Swee tak rancang atur aksi persahabat­an dengan negara Timur Tengah

Ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee tidak bercadang untuk mengatur sebarang aksi persahabat­an menentang pasukan Timur Tengah.

Dalam aksi Piala AFC B-23, skuad muda negara diundi dalam Kumpulan C bersama tiga negara Arab – Iraq, Jordan dan Arab Saudi.

Kim Swee berkata, aksi persahabat­an menentang negara Timur Tengah hanya akan dapat diatur sekiranya pasukan kendaliann­ya berkunjung ke sana.

“Agak sukar untuk kita dapatkan perlawanan dengan negara Timur Tengah kecuali kita ke sana. Jarak yang agak jauh dan kita juga sebenarnya tidak perlu ke sana.

“Malah, mereka juga (negara Arab) tidak berlatih di Kuala Lumpur. Difahamkan juga mereka akan ke Korea Selatan dan Jepun,” katanya ketika ditemui pada sesi pertama latihan, semalam.

Pada sesi latihan itu hanya 26 pemain melaporkan diri, kecuali Tommy Mawat Bada, Amierul Hakimi Awang, Syafiq Ahmad dan Matthew Davies.

Tommy dan Amierul mengalami masalah pengangkut­an, manakala Syafiq akan melangsung­kan majlis perkahwina­n dan Matthew pula bakal kembali ke Australia untuk menjalani pemulihan.

Kesemua mereka dijangka menyertai semula pasukan pada 4 Disember depan.

Pada masa sama, Kim Swee mengesahka­n pasukannya bakal mengharung­i dua aksi persahabat­an menentang PJ Rangers dan Melaka United, namun tarikh dan venue akan ditentukan kemudian.

Bagaimanap­un, kehadiran beberapa muka baharu dari skuad B-19 tahun negara memberi banyak pilihan buat Kim Swee memilih yang terbaik.

Di peringkat awal ini, Kim Swee tidak mahu terlalu menekan pemain sebaliknya kecergasan menjadi aspek pertama yang perlu ditingkatk­an terutama selepas mereka berehat panjang sejak Oktober lalu.

“Buat masa sekarang, latihan lebih kepada pramusim dan saya perlu berhati-hati serta tidak boleh mengharapk­an pemain mengembali­kan kecergasan dalam tempoh singkat.

“Pastinya kehadiran mereka (pemain B-19) memberi saingan positif. Saya akan menilai mereka dalam latihan dan perlawanan. Dari situ, saya akan tentukan kedudukan mereka,” katanya.

 ??  ?? KIM Swee (dua dari kiri) ketika mengendali­kan kem latihan pusat skuad B-23 di Wisma FAM, semalam.
KIM Swee (dua dari kiri) ketika mengendali­kan kem latihan pusat skuad B-23 di Wisma FAM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia