Harian Metro

Enam tonggak Piala Presiden perkasa Selangor

-

Kuala Lumpur: Enam tonggak skuad Piala Presiden Selangor akan memperkuat­kan pasukan senior The Red Giants untuk mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu disahkan pengurus skuad Piala Presiden Selangor, Datuk Ariffin Ab Hamid yang menyifatka­n ia satu kebanggaan apabila pemain muda diserapkan dalam skuad senior.

Malah, Ariffin percaya enam tonggak - Muhammad Amirul Haziq Rasmizal, Muhammad Haziq Ridwan, Muhd Syukri Azman, Muhamad Azizul Baharuddin, D Kugan dan M Tamil Maran mampu memberi impak positif kepada skuad P Maniam nanti.

“Kami dari pasukan Piala Presiden Selangor sememangny­a berbangga apabila ada pemain skuad ini diserap ke skuad senior kerana ia membuktika­n mereka ada kemampuan untuk terus maju.

“Selepas ini kami akan mengambil pemain dari skuad Piala Belia untuk diserapkan ke dalam skuad Piala Presiden bagi mengisi kekosongan yang ditinggalk­an mereka.

“Kami tiada masalah kerana matlamat skuad Piala Presiden juga mahu melihat pemain muda kami diberi peluang beraksi di peringkat lebih tinggi seperti Liga Super,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Skuad Piala Presiden Selangor di bawah bimbingan Omar Ali menunjukka­n kualiti mereka apabila menjuarai Piala Presiden musim ini selepas menundukka­n Terengganu dengan agregat 2-1 di pentas final.

Malah Omar sebelum ini juga menjelaska­n beliau bukan sahaja mahu melihat anak buahnya beraksi untuk skuad senior tetapi mampu mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia