Harian Metro

Malik pilih Penyu

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Impian menyarung jersi skuad Harimau Malaya antara faktor Abdul Malik Mat Arif yang juga penjaring terbanyak tempatan dalam saingan Liga Perdana musim ini memilih Terengganu.

Tawaran Terengganu yang kembali beraksi dalam Liga Super musim depan mendorong bekas pemain Pahang dan Kuantan FA itu untuk mengembang­kan kerjaya dalam sukan itu.

Sebagai pemain yang sudah tiga musim beraksi dalam Liga Perdana sejak 2015, sudah tiba masanya dia kembali dalam saingan Liga Super yang lebih menjanjika­n saingan lebih sengit.

“Pengalaman tiga tahun dalam Liga Perdana dan muncul penjaring terbanyak tempatan pada musim 2016 dan 2017 diharap membantu meningkatk­an lagi motivasi.

“Saya percaya pengalaman bersama Pahang dalam saingan Liga Super juga turut membantu untuk kembali beraksi selepas bersama Pahang selama empat musim dari 2011 hingga 2014.

“Saya harap impian mewakili

(gambar)

skuad kebangsaan akan tercapai dan sedia untuk membuktika­n kemampuan selaku penyerang tempatan terbaik musim depan,” katanya.

Mengulas keputusan berhijrah ke Terengganu, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu berkata, keputusan itu diharap mampu melonjakka­n dia selaku penyerang terbaik dalam saingan Liga Malaysia, khususnya Liga Super.

Katanya, dengan membarisi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim serta kembali beraksi dalam Liga Super, dia mengharapk­an penghijrah­an yang dilakukan tepat.

“Saya berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Negeri terengganu (PBSNT) terutama jurulatih (Irfan Bakti) yang menawarkan tempat dalam skuad Penyu.

“Antara faktor utama memilih Terengganu kerana pengalaman dan ketegasan yang dimiliki jurulatih berasal dari Kelantan itu. “Apabila beliau (Irfan Bakti) menawarkan tempat dalam skuad Penyu, saya bersetuju kerana tahu kebolehann­ya dan pada masa sama mahu kembali beraksi dalam Liga Super,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia