Harian Metro

Melaka United swastakan skuad B-19

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Melaka United (MU) bakal menswastak­an pasukan bawah 19 tahun skuad berkenaan bagi menghadapi saingan Piala Belia Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) musim 2018.

Setiausaha Agung MUSA, Noor Azman Rahman berkata, ianya sebagai satu usaha ke arah penswastaa­n bola sepak Melaka menerusi pendekatan ke era profesiona­l.

Katanya, skuad terbabit bakal diuruskan syarikat MCS Management Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Lumpur dengan segala perbelanja­an pengurusan, pemain dan keperluan berkaitan pasukan terbabit diserahkan kepada mereka untuk mengendali­kannya.

“Walau bagaimanap­un MUSA akan tetap memantau dan memberi panduan dan pandangan di bawah pengarah teknikal yang baharu, Miguel Jose Leite dari Portugal.

“Ianya penting bagi mengelak sebarang kekeliruan pengendali­annya terutama dari segi pemilihan pemain berbakat agar yang tidak ada bintang muda terbaik tercicir daripada skuad terbabit,” katanya.

Syarikat berkenaan juga bertanggun­gjawab menguruska­n jersi pasukan terbabit selain menguruska­n pasukan bawah 17 tahun pada saingan peringkat Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Malaysia (MSSM). Pengarah projek MCS, Mohd Razali Omar Othman berkata, kehadiran syarikat berkenaan bertujuan membantu MUSA melahir dan membentuk pemain berkualiti.

Menurutnya, sokongan MUSA di bawah pentadbira­n Presiden MUSA, Datuk Seri Ir Idris Haron dan timbalan presidenny­a, Datuk Mohd Yusoff Mahadi amat dihargai dan skuad bawah 17 serta 19 sedia tampil sebagai salah sebuah pasukan yang disegani musim depan.

 ??  ?? RAZALI (kiri), Idris (dua kiri) dan Yusoff (tiga kiri) mempamerka­n jersi yang bakal digunakan skuad bawah 19 dan 17 tahun Melaka.
RAZALI (kiri), Idris (dua kiri) dan Yusoff (tiga kiri) mempamerka­n jersi yang bakal digunakan skuad bawah 19 dan 17 tahun Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia