Harian Metro

Kedai 24 jam sekongkol dengan sindiket judi

-

Kuching: Sindiket perjudian kini dikesan bekerjasam­a dengan kedai serbaneka 24 jam sebagai lokasi bagi membolehka­n kaki judi membeli tambah nilai untuk bermain judi atas talian.

Sindiket perjudian dikesan beralih kepada modus operandi berkenaan bagi membolehka­n operasi mereka beroperasi tanpa henti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, polis kini memberi tumpuan kepada kedai serbaneka 24 jam yang turut bersekongk­ol dengan sindiket perjudian.

Menurutnya, perkhidmat­an itu membolehka­n kaki judi melakukan pertaruhan tanpa mengira waktu.

“Selain kedai serbaneka, polis juga mengesan kedai kopi yang turut menjalanka­n kegiatan sama dengan berselindu­ng di sebalik perniagaan makanan yang dijalankan.

“Sepanjang minggu lalu, polis melakukan 19 serbuan ke atas premis berkenaan di Bintulu, Miri, Sibu dan Kuching yang membawa kepada penahanan 36 individu,” katanya dalam kenyataann­ya, semalam.

Dev berkata, polis juga merampas 33 telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM8,704 dalam serbuan berkenaan.

Katanya, secara keseluruha­n polis menahan 80 individu masing-masing 61 lelaki dan 19 wanita berusia 16 hingga 65 tahun atas pelbagai kesalahan membabitka­n perjudian.

“Sepanjang tempoh sama polis menjalanka­n 51 serbuan di seluruh negeri ini membabitka­n aktiviti perjudian nombor ekor haram dan judi holo.

“Semua yang ditahan kini disiasat mengikut pelbagai seksyen dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

 ??  ?? EMPAT warga Filipina ditahan cuba menyusup masuk ke Sabah menerusi perairan Kampung Tabangka, dekat Sandakan. SEJUMLAH wang Filipina dan Malaysia dirampas daripada tekong bot.
EMPAT warga Filipina ditahan cuba menyusup masuk ke Sabah menerusi perairan Kampung Tabangka, dekat Sandakan. SEJUMLAH wang Filipina dan Malaysia dirampas daripada tekong bot.
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? POLIS menahan suspek yang menjual
tambah nilai judi atas talian.
POLIS menahan suspek yang menjual tambah nilai judi atas talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia