Harian Metro

BAYAR RM800 SAJA

-

Tabangka, dekat sini, Jumaat lalu.

Pada kejadian jam 11.30 pagi itu, individu yang ditahan adalah tekong dan tiga warga Filipina, berusia antara 21 hingga 57 tahun.

Tekong bot dipercayai berasal dari Pulau Bakungan Besar, Filipina, yang bersempada­n dengan perairan daerah ini, manakala tiga lagi warga asing itu berasal dari Tipo-Tipo dan Zamboanga, Filipina.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah Mohd Yazib Abd Aziz berkata, sebelum kejadian, anggota PPM terserempa­k dengan sebuah bot laju dinaiki empat individu di perairan Kampung Tabangka, dekat sini.

Menurutnya, bot PPM memintas bot itu sebelum pemeriksaa­n lanjut mendapati tekong dan penumpang bot terbabit gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kita turut menemui sejumlah wang tunai 6,000 peso dan RM208 daripada tekong bot. Ia dipercayai sebahagian bayaran tambang oleh semua warga asing berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, semua PATI itu ditahan dan bot berkenaan dirampas sebelum dibawa ke Markas PPM Sandakan untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarka­n siasatan awal, tiga PATI berkenaan menaiki kapal kumpit dari Pulau Basilan ke Pulau Bakungan Besar di Filipina dan sebaik tiba di perairan sempadan perairan negara, mereka kemudian dibawa menaiki sebuah bot laju untuk ke Sandakan.

“Dalam pada itu, PATI itu dilaporkan membayar sebanyak 10,000 peso (kirakira RM800) seorang kepada ejen yang menguruska­n perjalanan mereka.

“Ia bagi urusan membawa masuk migran itu dari Pulau Basilan hinggalah tiba di destinasi pilihan mereka di Sandakan,” katanya.

Mohd Yazib berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia