Harian Metro

Warga asing mengaku curi motosikal

-

Tawau: Seorang lelaki warga asing dipercayai terbabit dengan kes curi motosikal di Kampung Sentosa dekat sini, pada 24 November lalu, ditahan polis di Bandar Fajar, di sini, semalam.

Pada kejadian jam 3.30 pagi itu, suspek berusia 29 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superinten­dan Nor Azizulkifl­i Mansor berkata, susulan laporan polis yang dibuat pemilik motosikal terbabit, polis berjaya menjejaki warga asing itu di kawasan tepi jalan di Bandar Fajar.

Beliau berkata, ketika ditahan, suspek mengakui terbabit dalam kejadian curi motosikal berkenaan.

“Susulan itu, lelaki itu membawa polis ke tepi sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bandar Fajar yang menjadi lokasi dia menyembuny­ikan motosikal berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati motosikal berkenaan sudah diubah suai. Bagaimanap­un, berdasarka­n pemeriksaa­n pada nombor casis dan nombor enjin motosikal terbabit, ia didapati adalah sama dengan motosikal yang dilaporkan hilang di Kampung Sentosa sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nor Azizulkifl­i berkata, motosikal suspek kemudian dirampas sebelum dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, semakan terhadap identiti warga asing itu mendapati bahawa lelaki itu pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan samun berkumpula­n dengan menggunaka­n senjata di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan pada 2008.

“Selain itu, suspek pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah pada 2013 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi motosikal,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK menunjukka­n lokasi motosikal yang disembunyi­kannya di tepi kedai serbaneka 24 jam di Bandar Fajar.
SUSPEK menunjukka­n lokasi motosikal yang disembunyi­kannya di tepi kedai serbaneka 24 jam di Bandar Fajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia