Harian Metro

808 wanita ikuti latihan E-Usahawan

-

Kota Samarahan: Seramai 808 usahawan wanita sudah dilatih melalui Program E-Usahawan di Sarawak sejak ia diperkenal­kan lebih setahun lalu.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, latihan itu ketika ini masih berjalan dan pihaknya mensasarka­n untuk melatih 3,000 usahawan mikro di Sarawak menjelang Disember ini.

Menurutnya, program itu mengambil pendekatan membantu usahawan melalui ekonomi digital yang dibantu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Daripada 808 usahawan yang sudah dilatih, seramai 86 daripada mereka berjaya menjana pendapatan sebanyak RM1,215,047 melalui jualan secara talian menggunaka­n medium Facebook dan Instagram.

“Nilai pendapatan yang diperoleh usahawan ini agak membanggak­an kerana ia menunjukka­n kejayaan kita menambah hasil pendapatan usahawan mikro di Sarawak,” katanya selepas majlis Penangguha­n Program E-Usahawan dan E-Rezeki di sini, semalam.

Dalam pada itu, Rohani berkata, penduduk Sarawak boleh menyertai Program E-Usahawan yang berikutnya sebagaiman­a dianjurkan MDEC di 15 lokasi di sekitar negeri ini pada Disember nanti.

“Rancangan MDEC mengadakan program di 15 kawasan sekitar Sarawak itu adalah inisiatif berskala besar di peringkat negeri.

“Ia satu cabaran bagi memastikan ekosistem setempat seperti tenaga pelatih tempatan serta kemudahan-kemudahan latihan dapat menampung dan digunapaka­i bagi mencapai objektif program ini,” katanya.

 ??  ?? ROHANI (tengah) bersama usahawan.
ROHANI (tengah) bersama usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia