Harian Metro

SEKITAR BANJIR PANTAI TIMUR

BOLA JARING TAHUNAN PADANG BAH SUNGAI GOLOK MEMBUAK

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my Rantau Panjang

Penduduk melakukan persiapan lebih awal bagi mengelak kerugian lebih besar sekiranya Sungai Golok melimpah dan menenggela­mkan bandar itu.

Ketika ini, paras Sungai Golok sudah melepasi bahaya dan dijangka mencecah 10 meter pada sebelah malam.

Penduduk, Rosli Daud, 44, berkata, dia mula mengemas rumahnya di Kampung Jalan Sekolah Cina, di sini sejak kelmarin dan perkakas rumah termasuk barangan elektrik diletakkan di atas loteng.

“Kerusi, kabinet, televisyen dan semua barang yang berisiko tenggelam sudah saya pindahkan di atas loteng.

“Sejak semalam (kelmarin), saya bersama emak dan dua lagi adik mengemas. Kami sudah bersedia, jika air sungai melimpah, kami terus berpindah.

“Rutin ini sudah dihadapi setiap tahun, namun semuanya rahsia Allah untuk menurunkan bentuk bencana. Sebelum ini rumah kami dinaiki air sedalam hampir satu meter,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ibu Rosli, Saidah Mat Saman, 63, kerap berpesan kepada anaknya supaya sentiasa berwaspada meskipun banjir dihadapi setiap tahun.

“Saya tidak mahu banjir seperti 2014 lalu kerana rumah kami ditenggela­mi hampir dua meter dan kami berkampung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi.

“Itulah banjir paling perit ditanggung kerana banyak perkakas rumah yang musnah ditambah ada barangan dicuri mereka yang tak bertanggun­gjawab.

“Sejak itu, saya sentiasa ingatkan anak-anak supaya waspada dan Rosli menjaga rumah ini apabila kami yang lain ke PPS kerana tingkat atas rumah tidak ditenggela­mi air,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Halim Abu Bakar,

57, menghabisk­an RM300 untuk membeli tingkat besi yang dijadikan pangkin.

“Sejak lima tahun lalu, saya gunakan tingkat terbabit bagi membolehka­n perkakas rumah disimpan lebih tinggi.

“Persiapan dilakukan lebih awal kerana air Sungai Golok bila-bila masa saja boleh melimpah, dan berdasarka­n pengalaman, malam ini (tadi) atau esok kami kena berpindah,” katanya.

 ??  ?? KANAK-kanak bermain air hujan yang melanda
sejak Jumaat lalu.
KANAK-kanak bermain air hujan yang melanda sejak Jumaat lalu.
 ??  ?? ROSLI mengalihka­n barang-barang ke tempat tinggi sebagai langkah keselamata­n apabila banjir melanda di rumahnya di Jalan Sekolah Cina.
ROSLI mengalihka­n barang-barang ke tempat tinggi sebagai langkah keselamata­n apabila banjir melanda di rumahnya di Jalan Sekolah Cina.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia