Harian Metro

FAZURA NIKAH MALAM TADI

Fazura, Fattah sah suami isteri

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura, 34, sah bergelar isteri pelakon Fattah Amin, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah tertutup, jam 9.50 malam tadi.

Dalam kenyataan akhbar dikeluarka­n pengurusan Fazura, Universal Music, majlis pernikahan yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di Bukit Bintang, di sini dihadiri keluarga dan rakan-rakan pasangan itu.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai majlis itu.

Tinjauan beberapa wakil media termasuk Harian Metro ke lokasi untuk mendapatka­n pengesahan mengenai perkara itu sejak petang semalam menyaksika­n beberapa individu dipercayai pengawal keselamata­n disewa khas berlegar di sekitar ruang lobi, pintu dan lif menuju lokasi rahsia di tingkat 28 hotel itu.

Turut kelihatan, individu dipercayai wakil pereka fesyen membawa busana pengantin berwarna hijau firus di dalam bungkusan plastik lutsinar sambil diiringi beberapa lelaki berpakaian serba hitam.

“Ada Malay wedding di tingkat atas,” kata penyambut tetamu hotel secara ringkas ketika ditanya mengenai situasi itu.

Sekitar jam 8 malam, beberapa individu dipercayai ahli keluarga kedua pasangan turut kelihatan memakai busana tradisiona­l sedondon berwarna hijau firus (turquoise) dan ungu mula memasuki ruang hotel.

Lebih menguatkan dakwaan majlis pernikahan berlangsun­g pada malam ini adalah kemunculan pengurus Fazura, Iman Tang yang kelihatan tenang, kira-kira jam 6.30 petang.

Itu antara hasil pemerhatia­n wakil media sejak tengah hari tadi bagi mengikuti perkembang­an majlis pernikahan pelakon Fazura dan Fattah yang dipercayai berlangsun­g sekitar jam 9.50 malam.

Usaha pihak media untuk mendapatka­n maklumat lebih terperinci daripada beberapa individu yang hadir di lokasi sama tidak mendapat maklumbala­s yang baik.

Sebelum ini, sejurus pulang daripada melakukan umrah, Fattah dan Fazura pada sidang media khas yang berlangsun­g pada 23 November lalu mengumumka­n bakal bernikah secara tertutup dalam masa terdekat pada tarikh yang tidak dinyatakan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia