Harian Metro

447,800 PENGHUTANG PTPTN DIHALANG KELUAR

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Lebih separuh jumlah individu disenarai hitam akibat tidak bayar hutang PTPTN

Seramai 790,186 rakyat Malaysia disenarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sehingga kini atas pelbagai kesalahan dengan 447,890 daripadany­a disebabkan tidak membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, selain itu, 107,884 disebabkan tidak membayar cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), manakala 138,028 diisytihar­kan bankrap oleh Jabatan Insolvensi dan 7,024 lagi tidak mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 6,091 (JKDM) dan JIM (1,543).

Berikutan itu, katanya, JIM mengambil inisiatif menyediaka­n perkhidmat­an nilai tambah Kios Pra Semakan Senarai Hitam (Pre Read Kios) untuk membolehka­n penumpang membuat semakan kelayakan sebelum ke luar negara bagi melancarka­n perjalanan mereka.

“Semakan perlu dibuat sebelum daftar masuk bagi mengelakka­n sebarang penangguha­n masa berlepas penerbanga­n, jangan nanti apabila tiba di kaunter, ada sekatan ke luar negara.

“Buat masa ini, terdapat tiga kios berkenaan di terminal utama Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan kita sedang berbincang dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk membuka kios sama di klia2 dalam tempoh sebulan,”katanya pada sidang media selepas melancarka­n Kiosk Pra Semakan Senarai Hitam di KLIA, semalam.

Mustafar berkata, selain menyemak senarai hitam, kiosk berkenaan juga boleh menguji beberapa perkhidmat­an lain termasuk pasport dalam senarai suspek JIM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), LHDN, KWSP dan PTPTN.

Selain itu, katanya pasport dibatalkan, tamat tempoh, dimiliki lebih daripada satu suspek, pasport dengan tempoh sah kurang enam bulan, hilang dan tidak dijumpai dalam sistem.

“Kami turut bercadang memperluas­kan perkhidmat­an itu di lapangan terbang antarabang­sa lain.

“JIM bekerjasam­a baik dengan agensi berkaitan seperti MAHB dan Jawatankua­sa Operasi Penerbanga­n (AOC) bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an di KLIA dan klia2,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUSTAFAR menyemak status pejalanan di Kiosk Pra Semakan Senarai Hitam selepas majlis pelancaran di KLIA, semalam.
MUSTAFAR menyemak status pejalanan di Kiosk Pra Semakan Senarai Hitam selepas majlis pelancaran di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia