Harian Metro

Belenggu identiti

Gadis membesar di Jalan Chow Kit tidak tahu asal-usul diri

-

terbabit yang menetap di Ampang, Selangor dan Kuala Lumpur saya tidak pernah ke sekolah selain tidak ada nama secara rasmi.

“Ain panggilan keluarga angkat kepada saya, jadi saya anggap itu nama rasmi saya. Umur pula saya agak saja 23 tahun kerana langsung tidak tahu tahun sebenar dilahirkan,” katanya.

Katanya, sepanjang dijaga keluarga angkat dia dipaksa melakukan tugas orang dewasa seperti menjaga bayi, mencucuk sate, menyiang ayam dan ikan serta menjadi pembantu gerai.

Beliau berkata, sebagai kanak-kanak, dia mahu ke sekolah, tetapi tidak dibenarkan kerana tidak memiliki dokumen kelahiran dan keadaan itu menyebabka­n dia berasa tertekan.

Berikutan itu sekitar usia 12 atau 13 tahun, dia nekad lari dari rumah dan merayau seorang diri sehingga ke Chow Kit dan bernasib baik dijaga oleh seorang pondan selama beberapa tahun.

Sepanjang tempoh itu, Ain mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran mamak, malah dia berasa gembira kerana diajar membaca dan menulis oleh pondan yang menjaganya.

“Namun, saya diminta keluar dari rumah berkenaan kerana ketika itu bimbang ditangkap berikutan menjaga orang hanyut macam saya. Menggunaka­n wang simpanan bekerja di restoran mamak, saya cari kerja lain dan hidup berdikari sampai sekarang.

“Saya pernah cuba menjejak semula individu menjaga saya termasuk pondan terbabit namun gagal kerana rumah yang pernah saya diami sebelum ini tiada lagi dan sudah dibangunka­n menjadi taman perumahan.

“Lebih menyulitka­n saya tidak tahu siapa mereka, cuma tahu panggilan ringkas bukan nama penuh. Begitu juga dengan ibu bapa kalau ada rezeki berjumpa mereka saya bersyukur, kalau sebaliknya apa boleh buat,” katanya.

Dia turut mendakwa kerugian RM5,000 kerana ditipu seorang lelaki mengaku sebagai pegawai JPN kononnya boleh membantuny­a mendapatka­n MyKad menggunaka­n jalan belakang.

 ??  ?? AIN sebak menceritak­an kisah hidupnya kepada wartawan.
AIN sebak menceritak­an kisah hidupnya kepada wartawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia