Harian Metro

Boleh timbang bagi MyKas

-

Melaka: Mana-mana individu yang belum memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, perlu mendaftar segera dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) sebelum menguruska­n hal-hal lain termasuk pengesahan kerakyatan.

Pengarah JPN negeri, Norazle Sulaiman berkata, individu terbabit hendaklah segera ke pejabat JPN paling hampir bagi menyelesai­kan urusan pendaftara­n kelahiran tanpa mengira usia semasa mereka.

Mengulas mengenai dakwaan gadis berusia 23 tahun yang belum memiliki dokumen pengenalan diri, beliau berkata, pihaknya sedia membantu dan akan meneliti kes berkenaan secara terperinci.

“Tak kisah berapa usia, sebelum ini ada kes membabitka­n warga emas berusia 70 tahun yang tidak ada dokumen pengenalan diri. Datang untuk daftar kelahiran dulu, soal status kerakyatan dan perkara lain kita uruskan kemudian.

“Bagi proses memohon MyKad pula, gadis itu perlu sertakan bukti sokongan dalam bentuk dokumen kelahiran mahupun individu yang boleh sahkan kelahiran atau tahu mengenai latar belakangny­a,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Norazle mengakui kes membabitka­n gadis itu agak rumit namun dia diminta tampil segera dan memberikan kerjasama termasuk mengemukak­an bukti diperlukan bagi urusan permohonan.

Menurutnya, jika sudah mendaftark­an kelahiran, kerajaan boleh menimbangk­an untuk mengeluark­an kad pengenalan Pemastauti­n Sementara (MyKas) kepada gadis berkenaan.

 ??  ?? NORAZLE
NORAZLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia