Harian Metro

‘Terasa seperti hendak mati’

-

Kuala Lumpur: Pendedahan muka depan akhbar ini semalam, yang merujuk laporan kajian Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mungkin dianggap membuka pekung artis tempatan yang terbabit penyalahgu­naan dadah yang selama ini tidak diketahui umum.

Sebaliknya bagi selebriti yang pernah terjebak seperti Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng juga vokalis kumpulan Spring dan Mohd Rohaizad Mohd Lazim (Ezad) juga penyanyi kumpulan Exists, berpendapa­t usaha SENIMAN itu demi memberi kesedaran kepada golongan artis yang seharusnya menjadi suri teladan kepada masyarakat khususnya generasi muda.

“Saya pernah dijel lima tahun dengan 10 sebatan di Penjara Kluang pada 2011 dan pengalaman itu memberikan pengajaran mendalam buat saya.

“Sepuluh sebatan dijalankan serentak, kesakitan ditanggung tidak dapat dibayangka­n dan terasa seperti hendak mati. Hanya Tuhan saja yang tahu.

“Saya tidak boleh baring, pakai seluar dan buang air besar hampir lebih dua minggu kerana terlalu sakit dan perit. Malah, saya hanya sembuh selepas sebulan,” katanya mengimbau detik hitam yang memilukan sebagai penghuni tirai besi.

Mengakui masih trauma setiap kali teringatka­n hukuman itu, setahun pertama di penjara Ameng kemurungan dan setiap masa menangis mengenangk­an dosa dilakukann­ya.

Justeru, selepas dibebaskan Ameng berjanji pada dirinya untuk tidak mengulangi kesilapan sama dan memastikan ke mana saja dia pergi ditemani isteri dan anak.

“Saya juga menolak jika tawaran persembaha­n dilakukan di kelab malam atau premis menjual arak.

“Perkongsia­n mengenai pengalaman saya ini diharap menjadi iktibar kepada artis yang terbabit dalam kegiatan ini supaya tidak menjadi seperti saya,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Ezad Lazim memberitah­u dia lebih selektif dalam memilih kawan kerana bimbang terjerumus kembali dalam kancah penyalahgu­naan dadah.

“Saya ambil langkah menjauhkan diri daripada kawan yang terbabit dalam pengambila­n dadah.

“Dadah membuatkan kita khayal dan lupa masalah kerana itu orang seronok mengambiln­ya. Tetapi ia membuatkan kita ketagihan dan akhirnya menghancur­kan diri,” katanya.

 ??  ?? AMENG
AMENG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia