Harian Metro

Tanggung bekalan lalok anak, kekasih

-

Kuala Lumpur: Seorang wanita bukan saja ditahan bersekedud­ukan dengan teman lelaki, malah turut membawa anak perempuan untuk menghisap dadah bersama-sama di perumahan awam di Sungai Besi di sini, kelmarin.

Dalam serbuan dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 43 tahun itu yang bekerja sebagai tukang urut didapati positif dadah jenis syabu bersama teman lelaki, 53, dan anak perempuann­ya, 20.

Ketua Pegawai AADK Cawangan Cheras Mohd Azlan Ahmad berkata, ketika serbuan dijalankan, pihaknya mengambil masa hampir 30 minit untuk membuka pintu rumah dipercayai bagi membuang bekalan dadah dimiliki.

“Ketika serbuan, ibu tunggal itu didapati turut membawa empat lagi anaknya yang berusia enam hingga 25 tahun.

“Wanita itu mengaku menghisap dadah bersama teman lelaki dan seorang anak perempuann­ya itu di dalam rumah berkenaan. Malah, dia turut mengaku mengeluark­an wang perbelanja­an membelikan bekalan dadah itu memandangk­an teman lelaki dan anaknya tidak bekerja,” katanya.

Azlan berkata, wanita itu mengakui sudah bersekedud­ukan dengan teman lelakinya sejak setahun lalu dan tinggal bersama empat anaknya yang lain di rumah berkenaan.

“Dia turut mengaku mengambil dadah sejak dua tahun lalu. Tabiatnya menghisap dadah mendorong anak perempuann­ya turut terjebak. “Dalam serbuan sama, kami turut menahan abang wanita itu berusia 44 tahun yang tinggal bersebelah­an rumah mereka selepas didapati positif dadah yang sama,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menahan 19 individu dalam serbuan yang dijalankan di tiga lokasi berasingan di sekitar daerah itu, kelmarin.

“Seramai 20 individu berusia 14 hingga 53 tahun diperiksa dalam serbuan bermula jam 1 oagi hingga 6 pagi berkenaan. Daripada jumlah itu, 19 daripadany­a termasuk dua wanita ditahan selepas didapati positif pelbagai jenis dadah,” katanya.

 ??  ?? DUA anggota AADK menyoal siasat wanita yang ditahan bersama kekasih dan anaknya.
DUA anggota AADK menyoal siasat wanita yang ditahan bersama kekasih dan anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia