Harian Metro

Kenduri bertukar pesta air Gali dulu sebelum bah

-

“Saya anggap inilah rahmat majlis saya dan kenangan yang tak mungkin dilupakan,” kata pengantin baru, Faqroul Afiq Saifuddin, 27.

Majlis sambut menantu pegawai agensi kerajaan negeri itu dan pasanganny­a, Nur Nabilah Syuhadah Zakaria, 24, berlangsun­g di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang, kelmarin. Majlis di rumah nenek Faqroul Afiq itu bertukar menjadi pesta air apabila pekarangan rumah yang menempatka­n khemah dilanda banjir.

Katanya, hujan lebat bermula jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang menyebabka­n air sungai berhampira­n melimpah bersama air bukit kuari berdekatan.

“Air mula melimpah memasuki pekarangan rumah kira-kira jam 1.30 tengah hari. Memang macam pesta air ketika itu. Bawah khemah pula seperti restoran terapung.

“Ketika itu pula tetamu ramai, malah ada yang baru hendak makan. Mereka terpaksa dibantu untuk melintas jalan kerana arus deras. Saya bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku dan tetamu pun nampak seronok bermain air terutama kanak-kanak,” katanya, semalam.

Beliau yang tinggal di Telipot, Kota Bharu berkata, ketika kejadian itu juga, keluarga isterinya dari Bachok sudah beransur pulang.

Rakaman video banjir ketika kenduri itu tular di laman sosial sejak malam kelmarin.

Sementara itu, nenek Faqroul Afiq, Che Rahmah Che Bakar, 75, yang ditemui berkata, hujan berterusan sejak Jumaat lalu menyebabka­n rumahnya dinaiki air akibat limpahan sungai dan kesan bukit kuari yang gondol.

 Majlis sambut menantu dalam banjir tular di laman sosial

Rantau Panjang: Sebelum rosak, gali dahulu! Itu yang dilakukan seorang warga emas di Kampung Tersang di sini, apabila menggali ubi pelbagai jenis yang ditanamnya di belakang rumah sebelum rosak akibat banjir.

Kamariah Latif, 72, berjaya menggali hingga 70 kilogram ubi kayu, ubi badak dan ubi merah sejak minggu lalu.

Apabila kawasan rumah dinaiki air, dia membawa semua ubinya untuk dijual di tepi jalan di kampung itu, malah ia turut diborong peniaga kuih dan putu halba.

“Saya memang menanam pelbagai jenis ubi di belakang rumah dan disebabkan kawasan rumah mudah dinaiki air, maka sejak minggu lalu saya menggali mana-mana yang boleh termasuk masih muda.

“Alhamdulil­lah permintaan terhadap ubi tinggi kerana musim tengkujuh ini memang ramai yang memilih ubi untuk dibuat putu halba, bengkang dan sebagainya. Ubi juga makanan rutin kami sekeluarga apabila banjir. Saya mula menjualnya sejak minggu lalu hingga sekarang,” katanya yang turut menternak kambing, itik dan ayam.

Menurutnya, ubi itu dijual dengan harga antara RM2 hingga RM5 sekilogram bergantung kepada jenis manakala haiwan ternakan turut dipindahka­n ke tempat lebih selamat bagi mengelak terkorban akibat banjir.

 ??  ?? FAQROUL Afiq dan isteri Nur Nabilah Syuhadah di kediaman nenek di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.
FAQROUL Afiq dan isteri Nur Nabilah Syuhadah di kediaman nenek di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.
 ??  ?? KAMARIAH menunjukka­n ubi pelbagai jenis yang dijual.
KAMARIAH menunjukka­n ubi pelbagai jenis yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia