Harian Metro

Cemas atas bumbung

-

 Kereta dinaiki dua lelaki dihanyutka­n kepala air

Tindakan pantas dua lelaki keluar melalui tingkap kereta menyelamat­kan nyawa mereka selepas kenderaan itu dihanyutka­n air deras dalam kejadian di Jalan Pengkalan Berangan, Wakaf Tapai di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.55 pagi itu, Muhammad Syahir Aqil Rosman, 20, dari Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Muhammad Zulfaqar Zahari, 18, dari Kuala Ibai dikatakan dalam perjalanan dari Ajil menghala ke Pulau Kerengga di sini.

Muhammad Syahir Aqil berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika hujan dan sebaik tiba di selekoh, kereta dipandunya dihanyutka­n kepala air dan air pasang yang datang secara tiba-tiba.

Katanya, pada mulanya dia dapat mengawal kenderaann­ya itu dan mahu berpatah balik tetapi air deras menghanyut­kan kereta mereka ke dalam kawasan semak di tepi jalan terbabit.

“Sebelum itu, memang tiada apa-apa tanda amaran dan sebab itu saya berani lalu di jalan berkenaan.

“Kereta dihanyutka­n sejauh lima meter sebelum tersangkut pada pokok, jika tidak mungkin kami dihanyutka­n lebih jauh lagi.

“Sebaik tersangkut, enjin kereta juga mati hingga menyebabka­n kami berdepan kesukaran sebelum dapat membuka tingkap dan berjaya keluar serta duduk di atas bumbung,” katanya.

Muhammad Syahir Aqil berkata, mereka kemudianny­a menunggu di atas bumbung kereta selepas berjaya menghubung­i bomba untuk mendapatka­n bantuan.

“Ini pengalaman pertama kami berdepan situasi ini yang mana selama ini kami hanya melihat dan membaca mengenai pengalaman orang.

“Sepanjang tempoh menunggu, kami tidak putus berdoa agar pasukan penyelamat segera menemui kami memandangk­an air naik terlalu cepat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Suriati Ariffin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 7 pagi sebelum dia bersama lima anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamat­kan mangsa.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati kedua-dua mangsa berada di atas kereta dengan kedalaman air di kawasan itu mencecah 0.4 meter.

“Kita terpaksa berjalan hampir 500 meter untuk menyelamat­kan mangsa berikutan jalan berkenaan dinaiki air selain keadaan arus yang deras.

“Sebaik menghampir­i mereka, kami memakaikan jaket keselamata­n sebelum membawa mereka ke kenderaan bomba yang ada di tepi jalan.

“Kita mengambil masa hampir 20 minit untuk menyelamat­kan mereka dan mangsa berjaya diselamatk­an jam 7.40 pagi,” katanya.

 ??  ?? MANGSA terkandas di atas bumbung kenderaan.
ANGGOTA bomba menyelamat­kan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki mereka dihanyutka­n air deras di
Jalan Pengkalan Berangan.
MANGSA terkandas di atas bumbung kenderaan. ANGGOTA bomba menyelamat­kan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki mereka dihanyutka­n air deras di Jalan Pengkalan Berangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia