Harian Metro

JKR kenal pasti 946 cerun berisiko tinggi

-

Lumpur: Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenal pasti 946 cerun berisiko tinggi membabitka­n Jalan Persekutua­n utama di seluruh Semenanjun­g.

Jurutera Awam Penguasa Kanan (Cawangan Kejurutera­an Cerun) JKR Azizan Ab Rahman berkata, berpanduka­n kepada ‘hazard maps’ yang diperkenal­kan sejak 2010, pihaknya mengenal pasti cerun berisiko tinggi itu dan perlukan tindakan pencegahan dan pembaikan.

“Sepanjang musim tengkujuh ini, kita dapati banyak kawasan cerun di Semenanjun­g berisiko tinggi mengalami tanah runtuh.

“Untuk mengelak kejadian buruk, JKR akan meneruskan kerja pencegahan dan pembaikan cerun yang didapati berisiko tinggi untuk runtuh dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui pada program Internatio­nal Tropikal Geoenginee­ring & Groundwate­r Symposium (GEOTROPIK) anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama JKR di Swiss Garden Hotel & Residences di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Dr Roslan Md Taha, Dekan Fakulti Kejurutera­an Sivil UTM Profesor Dr Khairul Anuar Kassim dan Pengerusi GEOTROPIK Profesor Dr Mohd Zulkifli Mohd Yunus.

Azizan berkata, pihaknya turut mengenal pasti 48 cerun di Pulau Pinang yang runtuh, baru-baru ini perlukan pembaikan segera di mana pihaknya kini sedang mengenal pasti kaedah pembaikan yang bersesuaia­n untuk membaiki kawasan cerun di kawasan berkenaan.

“Kita jangkakan kerja pembaikan cerun di Pulau Pinang akan mula dijalankan selewat-selewatnya awal tahun depan. Pihak kami sedang dalam proses membuat semakan lukisan sebelum diserahkan kepada kontraktor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia