Harian Metro

NSTP rangkul enam anugerah

-

Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengunggul­i Anugerah Kewartawan­an Kenyalang 2017 apabila memenangi enam anugerah, semalam.

Wartawan Harian Metro Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail memenangi Tempat Ketiga Anugerah Kenyalang bagi Kategori Kewartawan­an Penyiaran menerusi siri laporan Nahas RPC6828 yang diterbitka­n dalam Metro TV, tahun lalu.

Laporan itu mengenai nahas helikopter Eurocopter AS350 (RP-C6828) di Sungai Batang Lupar, Sarawak pada 5 Mei 2016 yang mengorbank­an enam nyawa termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladanga­n Dan Komoditi, Allahyarha­m Datuk Noriah Kasnon.

Selain Rabi ‘Atul ‘Adawiyah, seorang lagi wartawan Harian Metro, Ekhwan Haque Fazlul Haque merangkul Tempat Ketiga bagi Kategori Kewartawan­an Perniagaan dan Ekonomi menerusi laporan, Bermula 30 Rumah Lebah Kelulut dalam terbitan Harian Metro pada 27 Disember tahun lalu.

Berita Harian pula merangkul empat anugerah, iaitu bagi Kategori Kewartawan­an Kemampanan (Alam Sekitar), Kategori Kewartawan­an Rencana dan Berita Rencana serta Kategori Laporan Berita termasuk hadiah utama, Anugerah Kewartawan­an Ketua Menteri Sarawak.

Ketua Biro Berita Harian Hardi Effendi Yaacob memenangi Anugerah Kewartawan­an Ketua Menteri Sarawak menerusi laporan aktiviti pembalakan haram di Sarawak, selain turut memenangi Tempat Pertama bagi Kategori Kewartawan­an Rencana dan Berita Rencana dan Tempat Kedua Kategori Kewartawan­an Kemampanan (Alam Sekitar).

Dalam pada itu, wartawan Berita Harian Kandau Sidi dan Mohd Amirul Faiz Ahmad memenangi Tempat Kedua bagi Anugerah Laporan Berita.

Sempena majlis Anugerah Kewartawan­an Kenyalang itu, 414 penyertaan diterima daripada semua agensi berita seluruh Sarawak bagi lapan kategori yang dipertandi­ngkan malam itu. Majlis disempurna­kan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia