Harian Metro

Perjanjian ‘setan’

- Junaidi Ladjana dan Razik Zayad am@hmetro.com.my

 Pengusaha spa sewa hotel jangka panjang untuk pelacuran

Pengusaha spa yang ditahan dalam Ops Gegar oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, baru-baru ini, dipercayai menandatan­gani perjanjian penyewaan jangka panjang untuk beroperasi di sebuah hotel di sini.

Dalam serbuan itu, JIM Sabah menyelamat­kan 17 gadis dan wanita warga Filipina belasan tahun hingga 40-an yang ditempatka­n di dalam enam bilik di hotel terbabit. Mereka dipercayai dieksploit­asi sebagai pelacur.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, berdasarka­n siasatan awal, individu terbabit mungkin menggunaka­n spa berkenaan bagi melindungi aktiviti tidak bermoral.

“Sebenarnya, ada 17 wanita

Filipina yang kemungkina­n dijadikan hamba seks dan diperdagan­gkan. Justeru, siasatan jelas dan terperinci terus dijalankan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JIM Sabah, semalam. Hadir sama, Pengarah JIM Sabah Musa Sulaiman.

Mustafar berkata, setakat ini, 21 individu ditahan bagi membantu siasatan JIM dalam kes berkenaan. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut menyiasat sama ada pemilik hotel atau apartmen terbabit menyedari aktiviti haram yang dilakukan di premis mereka.

Katanya, siasatan akan dilakukan secara terperinci dan membabitka­n semua aspek.

Mengenai rampasan wang itu, Mustafar berkata, ada wang yang ditemui berlumut dan bertarikh tahun 2008.

“Bagaimanap­un, kita masih menyiasat sumber wang itu,” katanya.

Pada Jumaat lalu, anggota penguat kuasa JIM Sabah menemui wang tunai RM13.5 juta selepas menyerbu sebuah hotel dan apartmen di sini. Lebih RM1.1 juta ditemui di salah satu apartmen di bangunan berkenaan. Sebelum itu, operasi sama menemui lebih RM11 juta di hotel berhampira­n. Difahamkan, apartmen itu terletak kurang 500 meter dari hotel berkenaan.

 ??  ?? MUSTAFAR (kanan) menunjukka­n wang yang dirampas di Ibu Pejabat JIM Sabah.
MUSTAFAR (kanan) menunjukka­n wang yang dirampas di Ibu Pejabat JIM Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia