Harian Metro

Yakin kutipan cukai RM127b

-

Bangi: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yakin dapat mencapai sasaran kutipan cukai RM127 bilion untuk 2017 berdasarka­n prestasi terkini jumlah pembayaran cukai semasa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi berkata, sehingga bulan ini, jumlah kutipan cukai yang diperoleh melebihi tujuh peratus daripada kutipan untuk tempoh sama tahun lalu.

“Masih ada tempoh sebulan lagi dan kita yakin sasaran kutipan akan dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

“Kejayaan ini adalah hasil langkah agresif LHDN yang berterusan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat umum mengenai kewajipan membayar cukai untuk membantu membangunk­an negara,” katanya pada sidang media di Akademi Percukaian LHDN, semalam.

Terdahulu, beliau mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Sabin Samitah merasmikan Kem Cerdik Cukai 2017.

Hadir sama Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Dr Rusmini Ku Ahmad.

Dalam pada itu, mengulas mengenai siasatan terhadap isu pindahan harga iaitu pembahagia­n keuntungan yang mungkin tidak setara antara entiti di Labuan dan di Semenanjun­g, Mohd Nizom berkata, LHDN sedang menyiasat dengan mengaudit beberapa bank yang mempunyai transaksi pesisir di Labuan.

“Kedua-dua tempat ini mempunyai kadar cukai berbeza dan kita sudah mula membuat semakan.

“Kita membuat pemantauan dan semua tidak akan terlepas daripada membayar cukai mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, kem pendidikan selama empat hari yang memasuki tahun ke tujuh itu dianjurkan dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Edisi kali ini bertemakan ‘Memperkasa­kan Generasi Celik Cukai Ke Arah TN50’ yang disertai 200 pelajar tingkatan enam bersama 50 guru pengiring dari 50 sekolah seluruh negara.

Ia diadakan bagi memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai kepentinga­n cukai dalam memajukan negara. Kuala Terengganu: Seorang tauke bot Vietnam didenda RM500,000 dan dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memberi suapan RM100,000 kepada Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Tertuduh, Tran Van Sang, 48, turut berdepan hukuman tambahan penjara dua tahun lagi sekiranya dia gagal menjelaska­n denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh mengaku bersalah ketika pertuduhan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Tran didakwa bersama dua lagi tertuduh memberi rasuah RM100,000 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman Leftenan Komander Maritim Muhmmad Rezal Kamal Bashah.

Suapan itu sebagai dorongan kepadanya untuk melepaskan dua bot nelayan Vietnam (KG 90143TS dan PAF4940) yang ditahan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Kampung Meraga Beris, Kemaman pada jam 12.50 tengah hari, 5 November lalu.

Bagaimanap­un, dua lagi tertuduh, Abd Rauf Mohamad, 36, dan isterinya yang juga warga Vietnam, Sa Ly Hah, 29, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah pasangan suami isteri direkodkan, mahkamah menetapkan 19 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Mahkamah menawarkan jaminan RM50,000 setiap seorang dengan syarat perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan perlu melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampira­n.

 ??  ?? TRAN diiringi di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
TRAN diiringi di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
 ??  ?? MOHD Nizam (tengah) ketika majlis perasmian pembukaan Kem Cerdik Cukai 2017.
MOHD Nizam (tengah) ketika majlis perasmian pembukaan Kem Cerdik Cukai 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia