Harian Metro

Lemas sejurus ragut beg

-

Rawang: Dosa dibalas serta-merta apabila seorang penjenayah ditemui mati lemas di tasik Taman Bersatu di sini, selepas meragut beg tangan seorang wanita.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, suspek berusia lingkungan 30-an meragut beg tangan mangsa di hadapan sebuah pasar raya berhampira­n kawasan berkenaan sebelum melarikan diri ke arah tasik itu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek kelam kabut melarikan diri bagi mengelak ditahan orang ramai yang mengejarny­a

“Jarak antara pasar raya dan tasik berkenaan sekitar 500 meter. Mengikut maklumat orang ramai, suspek terus terjun ke dalam tasik itu bagi mengelak ditahan.

“Namun selepas setengah jam menunggu, orang ramai menyedari suspek tidak muncul sebelum mereka menghubung­i polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Anggota bomba yang melakukan operasi itu menemui tubuh mangsa kira-kira 15 minit selepas operasi dimulakan.

“Mangsa bagaimanap­un disahkan sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ali menasihati orang ramai terutama wanita supaya lebih berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa penjenayah yang sentiasa mengambil peluang terhadap individu yang leka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia