Harian Metro

Tengku Panglima Besar Pahang meninggal dunia

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Kuantan: Tengku Panglima Besar Pahang, Datuk Tengku Ibrahim Tengku Sulaiman meninggal dunia akibat sakit tua, jam 7.10 pagi semalam.

Almarhum meninggal dunia pada usia 81 tahun ketika menerima rawatan di Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Almarhum Tengku Ibrahim dikejarkan ke HTAA petang kelmarin selepas mengadu sakit dan menjalani rawatan sebelum disahkan meninggal dunia. Tengku Ibrahim adalah bapa saudara kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Ahli Jemaah Pangkuan Diraja Datuk Sabaruddin Sulaiman berkata, jenazah dibawa pulang ke kediamanny­a di Kampung Parit Tengah, Pekan.

Katanya, jenazah disembahya­ngkan di Masjid Sultan Ahmad sebelum dikebumika­n di Makam Diraja Pekan selepas solat Zuhur.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h turut berangkat menziarahi jenazah Almarhum.

Permintaan seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pendengara­n untuk memiliki basikal baru tidak sempat ditunaikan ibunya selepas ditemui lemas di Sungai Kampung Tok Hakim, semalam.

Mangsa, Kalid Al Wyalid Juzaiman, 12, yang lemas selepas tergelinci­r di sungai ditemui pasukan penyelamat pada jam 1 tengah hari semalam.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga anak kedua daripada lima beradik dikatakan bermain air di kawasan berhampira­n bersama dua lagi rakannya pada jam 9.30 pagi.

Ibu mangsa, Mahani Mohamad, 40, berkata, dia terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan arwah yang mahu memiliki sebuah basikal.

“Sebelum ini, dia minta saya belikan dia basikal untuk dibawa ke sekolah dengan

 ??  ?? TENGKU Ibrahim
TENGKU Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia