Harian Metro

Bebas pengambila­n dadah

-

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang remaja lelaki 16 tahun yang ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Datuk Keramat dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kanak-Kanak, semalam daripada pertuduhan memasukkan dadah dalam badan.

Majistret Zilfinaz Abbas memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumka­n mereka menarik balik kes berkenaan ke atas kedua-dua tertuduh berikutan laporan patologi yang dikeluarka­n Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukka­n keputusan negatif.

Peguam bela Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang mewakili kanak-kanak berusia 12 tahun ketika ditemui selepas tamat prosiding berkata, anak guamnya dilepas dan dibebaskan mahkamah selepas laporan patologi menunjukka­n tertuduh bebas daripada pengaruh dadah.

“Keluarga (tertuduh) sangat bersyukur kerana kanak-kanak itu terlalu muda dan tidak terbabit secara langsung,” katanya. Bagaimanap­un, tertuduh berusia 16 tahun itu tidak boleh dibebaskan kerana mempunyai satu lagi pertuduhan iaitu membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 5 Januari ini bagi sebutan semula kes membabitka­n seorang lagi tertuduh berusia 16 tahun selepas remaja itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Bagi dua beradik berusia 16 dan 17 tahun yang mengaku bersalah terhadap tuduhan sama dihukum penjara dua bulan bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 16 September lalu.

Mahkamah juga mengenakan bon RM5,000 setiap seorang tanpa cagaran selama dua tahun dan diperintah melapor diri kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dua kali sebulan selama dua tahun ditemani ibu mereka. Dua beradik itu diwakili peguam Haijan Omar.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memasukkan ganja ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada 11.35 pagi, 16 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia