Harian Metro

Sukar bernafas

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Enzim kawal otot di tahap tidak normal

Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu bahawa lelaki warga Korea Utara Kim Chol atau abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam mengalami kesukaran untuk bernafas yang seterusnya menyebabka­n kepada punca kematianny­a.

Pegawai Perubatan Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nur Suraya Jamalludin, 33, berkata, perkara itu berlaku berikutan paras enzim

yang mengawal pergerakan otot Kim Chol amat rendah.

Saksi ke-22 pendakwaan yang mengesahka­n keputusan ujian terhadap mangsa itu berkata, kekurangan enzim terbabit akan menyebabka­n paru-paru seseorang individu mengeluark­an bunyi ‘berdehit’.

Nur Suraya yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin pada sesi pemeriksaa­n utama, berkata, melalui hasil keputusan ujian yang diperoleh pegawai sains jabatan sama, beliau mengesahka­n bahawa paras enzim

Kim Chol berada pada paras tidak normal iaitu 344 unit per liter.

“Enzim berperanan menjaga keseimbang­an pengecutan dan pengendura­n otot serta kawalan kelenjar,” katanya.

Menjawab soalan Wan Shaharuddi­n sama ada paras rendah enzim berkenaan mengganggu otot mangsa, saksi itu menjawab, “Ya.”

Menurut saksi itu, enzim berkenaan akan menghidrol­isiskan yang berada di sektori hujung saraf supaya pengendura­n berlaku dan ia boleh berada dalam keadaan rileks selepas mengecut.

“Jika paras enzim itu rendah, pengecutan akan berterusan dan seseorang mengalami kesukaran bernafas.

“Ia juga menyebabka­n pengecutan salur pernafasan dan pengeluara­n banyak lendir di salur pernafasan menjadikan pernafasan lebih sukar yang membawa kepada kematian,” katanya.

Nur Suraya berkata, selepas mengesahka­n keputusan enzim

Kim Chol, beliau kemudian menyerahka­n keputusan itu kepada pegawai atasannya iaitu Pakar Patologi Kimia HKL Dr Norashikin Othman.

Sementara itu, Pegawai Sains Forensik HKL Lai Phoh Soon, 31, yang mengendali­kan spesimen darah Kim Chol memberitah­u mahkamah bahawa beliau menjalanka­n proses mengempar darah bagi mendapatka­n serum untuk dianalisis.

“Serum itu kemudian dimasukkan ke dalam botol dan dilabel dengan nama si mati serta diserahkan kepada Pegawai Sains di Jabatan Patologi HKL Nurulhuda Kaidar atas arahan Juru Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik HKL Dr Mohd Shah Mahmood pada 16 Februari lalu,” katanya.

 ??  ?? TERTUDUH Doan Thi Huong diiring anggota polis keluar selepas menghadiri perbicaraa­n, semalam.
TERTUDUH Doan Thi Huong diiring anggota polis keluar selepas menghadiri perbicaraa­n, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia