Harian Metro

Membentuk anak syurga

- Penulis wartawan Harian Metro

 Ibu bapa perlu berikan perhatian, didik zuriat sebaiknya Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu”

Surah al-Isra’ ayat 31

Anak adalah penyeri rumah tangga. Dalam kesibukan ibu bapa bekerja pada hari ini, wajah keceriaan anak-anak pasti ditunggu-tunggu sebaik mereka pulang ke rumah.

Itulah yang akan menghilang­kan segala kepenatan selepas seharian bekerja. Begitulah hebatnya kuasa Allah SWT menjadikan anak sebagai penyejuk mata dan penenang hati buat ibu bapanya.

Allah SWT juga menetapkan dan menjamin rezeki buat setiap anak yang lahir ke dunia ini sejak daripada dalam kandungan hingga mereka lahir serta meninggal dunia.

Namun benarkah dakwaan sebahagian orang yang mengatakan bahawa memiliki anak ramai membebanka­n? Mungkin ada yang mempersoal­kan adakah cukup segala perbelanja­an bagi menanggung keperluan setiap anak itu?

Setiap ibu bapa sepatutnya ikhlas menerima dan menjaga amanah diberikan Allah SWT itu dengan rasa penuh tanggungja­wab.

Jika ibu bapa tidak ikhlas menerima kehadiran anak, maka tiadalah keberkatan buat keluarga itu. Kehadiran anak sebenarnya boleh menjadi pendorong kepada ibu bapa untuk bekerja lebih kuat dan bersungguh­sungguh. Dalam al-Quran Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.” (Surah al-Isra’ ayat 31)

Kita tidak tahu anak yang kita didik dengan baik itu bakal menjadi insan hebat pada masa akan datang. Contohnya, Sallahuddi­n al-Ayyubi iaitu individu hebat yang berjaya memimpin bala tentera hingga dapat menumpaska­n tentera Salib yang bertapak di Kota Baitulmaqd­is hampir 100 tahun.

Ketika dilahirkan, dia menghidap banyak penyakit sementara bapanya dipecat daripada jawatannya dalam pasukan tentera. Ada orang mengatakan dia membawa nasib malang dalam keluargany­a.

Siapa sangka dia berjaya menjadi pemimpin tentera Islam hingga dapat menawan semula Kota Baitulmaqd­is pada 1187 Masihi iaitu hampir 100 tahun di bawah tentera Salib.

Sehubungan itu, setiap ibu bapa perlu memberikan perhatian tertinggi terutama terhadap aspek pendidikan kepada anak-anak. Jika tidak, ia satu kegagalan buat mereka.

Dalam Surah Thaha, ayat 132, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan perintahka­nlah keluargamu serta umatmu mengerjaka­n sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikan­nya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orangorang yang bertakwa.”

Tidak dinafikan, dalam membesarka­n anak-anak setiap ibu bapa akan menghadapi kerenah dan ragam anak mereka.

Anak lelaki misalnya memang tidak lari daripada sifat kenakalann­ya. Bagaimanap­un, ibu bapa tidak boleh terlalu mudah melepaskan amarah atas kenakalan dan kesalahan yang dilakukan si anak.

Paling menyedihka­n jika amarah tidak dapat lagi dibendung, maka akan terpacul kata-kata kesat dan sumpah seranah terhadap anak hingga perbuatan itu menjadi kebiasaan.

Setiap kata-kata yang diucapkan itu sebenarnya boleh menjadi doa yang dikabulkan Allah SWT. Terdapat satu hadis daripada Jabir bin Abdullah, beliau menceritak­an Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kalian menyumpah diri kalian dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi (doa) dan dikabulkan hingga Allah akan mengabulka­n sumpah itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ada kala ibu bapa menegur anak bukan kerana ingin membetulka­n kesalahann­ya tetapi meluahkan amarah dan geram. Anak sebenarnya banyak belajar daripada ibu bapa mereka.

Mereka belajar marah untuk menunjukka­n kelakuanny­a. Pengaruh luar seperti rakan sebaya juga banyak mengubah perilaku anak seperti cara bercakap, bertindak dan perkataan yang diucapkan.

Anak mempunyai dunia berbeza berbanding orang dewasa. Mereka hanya melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesannya. Daya imaginasi anak juga sangat tinggi ibarat mereka sedang bermain alat permainan dan keinginan tinggi itulah mendorong mereka bertindak.

Paling penting, anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa mereka. Lebih bahagia seaindainy­a ibu bapa dapat bercakap dengan lemah lembut, kerap memeluk serta meluangkan masa bermain-main bersama mereka.

Sebarang bentuk kekerasan pastinya menyebabka­n anak semakin berani melawan. Jiwa anak sebenarnya amat mudah tersentuh dan ‘kalah’ hasil nasihat yang disampaika­n secara lembut.

Dalam hal ini, Rasulullah pernah menegur Umar

Abi Salamah ketika dia mengambil makanan yang terletak jauh daripada jangkauann­ya.

Baginda mengatakan: “Wahai anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah daripada yang terdekat denganmu.”

Baginda memilih kata-kata yang lembut hingga nasihat itu masuk meresap ke dalam jiwa Umar Abi Salamah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia