Harian Metro

Manfaat basuh tujuh anggota tubuh

-

Sebelum melaksanak­an ibadat solat, setiap Muslim perlu memastikan diri mereka terhindar daripada sebarang kotoran dan najis.

Najis yang dimaksudka­n adalah kebersihan diri daripada percikan air kencing yang terdapat pada pakaian dan kotoran di sekitar tempat ibadat.

Antara sifat yang dicintai Allah SWT adalah orang yang sentiasa menjaga kebersihan kerana ia diletakkan sama tarafnya dengan taubat.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.”

Dengan bertaubat, seseorang dapat mencapai kesihatan mental manakala kebersihan jasmani pula akan menghasilk­an kesihatan fizikal.

Selepas perintah membaca, perintah kedua diterima Baginda adalah menjalani kehidupan yang bersih dari segi rohani dan jasmani.

Perkara itu dijelaskan dalam Surah al-Muddaththi­r, ayat 4 hingga 5 yang bermaksud: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.”

Islam melambangk­an kesucian dan sebab itulah kita diwajibkan berwuduk dengan membasuh tujuh anggota tubuh.

Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Umatku kelak pada hari kiamat akan dipanggil putih bersinar kerana bekas wuduknya (di dunia dulu).” (Riwayat Bukhari)

Dalam buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit ditulis Dr Adi Hashman, beliau menyatakan, melalui amalan berwuduk kita menyapu permukaan tujuh anggota tubuh yang tidak dilindungi pakaian secara minimum sebanyak 15 kali dengan air bersih.

Anggota itulah yang paling banyak terdedah hingga menyebabka­n kulit manusia paling banyak didiami mikroorgan­isma. Apabila berwuduk, air itu dapat mengurangk­an populasi mikroorgan­isma.

Wuduk juga dapat membantu proses penggantia­n sel lama dan baru. Kestabilan kulit ditentukan nilai pH iaitu keasidan dan kelembapan kulit kerana kulit yang terlalu kering juga berbahaya untuk kesihatan kulit selain mudah dijangkiti kuman.

Sahabat Rasulullah SAW, Bilal bin Rabah memiliki amalan khusus iaitu beliau selalu menyempurn­akan wuduknya.

Keistimewa­an itu dinyatakan oleh Rasulullah sebagai seorang sahabat yang dijamin ke syurga.

Daripada Abu Hurairah, selepas selesai solat

Subuh, Rasulullah berkata kepada Bilal: “Wahai

Bilal, ceritakan kepada aku berkenaan amalan yang kamu lakukan selepas berada dalam Islam. Kelmarin aku ada mendengar suara terompah kamu di dalam syurga.”

Bilal berkata, “Aku tidak pernah melakukan suatu amalan (yang besar pahalanya) pun dalam Islam, tetapi selagi Allah mentakdirk­an aku mengerjaka­n solat, maka aku berwuduk dengan sempurna setiap malam ataupun siang hari.” (Diriwayatk­an Bukhari dan Muslim)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia