Harian Metro

Balik kampung berdakwah

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Seorang anak muda kembali ke kampung halaman dan cuba berdakwah di jalan Allah melalui pengajian agama di surau yang sudah lama ditinggalk­an.

Dia diuji oleh individu yang mempunyai kepentinga­n dengan fitnah dan hasad dengki namun kesabaran anak muda itu mengatasi segalanya.

Akhirnya dia mendapat kejayaan dalam perjuangan dan mereka yang membenciny­a mendapat balasan setimpal.

Itulah antara kisah dalam telemovie Aku Bukan Rasul yang bakal menemui penonton sempena Maulidur Rasul pada 2 Disember ini.

Bakal disiarkan di saluran TV2 pada jam 2 petang, telemovie itu dilakonkan oleh Johan

As’ari, Alia Farhani Ahmad, Mubarak Majid, Liza

Othman dan Fazreen Rafi.

Ia diarahkan Zul Huzaimy Marzuki dan menonjolka­n watak pemuda yang nekad memperjuan­gkan usia mudanya untuk berbakti ke jalan Allah meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Menurut Zul Huzaimy, bagi mengenang sambutan Maulidur Rasul dia cuba tampil dengan cerita mengenai perjuangan.

“Sering kita disajikan dengan kisah perjuangan dan itulah yang sering dilakukan tidak kira waktu.

“Namun, kisah ini lebih menarik kerana ia ditayangka­n pada hari kelahiran

Nabi Muhammad SAW dan pastinya ia mengingatk­an kisah perjuangan baginda

Pemuda berjuang di jalan Allah berdepan pelbagai cabaran

dalam telemovie Aku Bukan

Rasul

dalam menegakkan Islam,” katanya.

Cerita ini memaparkan Haziq dan adiknya Fatimah kembali ke kampung untuk menyelesai­kan wasiat tanah wakaf daripada arwah ayahnya, Marzuki.

Meskipun pada mulanya berat untuk dia memikul amanah itu, Haziq nekad melakukann­ya.

Sementara itu di kampung, Nordin selaku ketua kampung tidak senang dengan kedatangan Haziq kerana mengenangk­an peristiwa lalu apabila dia memfitnah arwah Marzuki mengajar ajaran sesat di surau kampungnya dulu.

Dia risau kemunculan Haziq mahu membalas dendam arwah ayahnya. Meskipun sukar, Haziq bertekad mengajar agama di surau berkenaan biarpun mendapat tentangan Nordin dan Ali.

Pada masa sama, pelbagai unsur riba wujud dalam perniagaan yang dilakukan oleh Nordin dan pengikutny­a.

Mereka menganiaya orang kampung dan menjual pelbagai barangan runcit dengan harga berlipat kali ganda dengan alasan mereka terpaksa merentas sungai yang jauh untuk mendapatka­n bekalan itu.

Pelbagai perkara buruk berlaku namun Haziq tetap tabah melaluinya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak dalam telemovie Aku Bukan Rasul.
ANTARA babak dalam telemovie Aku Bukan Rasul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia