Harian Metro

Tidak kenal

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Meskipun sekadar berjaya ke peringkat pemilihan protege Top 2, peserta program Mentor Legend yang mendapat bimbingan Ella, Putera tidak pernah berputus asa.

Meskipun memulakan kerjaya nyanyian secara serius pada 2014, namanya belum dikenali. Namun, tidak sekali pun dia mengeluh sebaliknya menggangga­p rezekinya belum sampai.

“Betul, saya kurang dikenali tetapi itu bukan alasan untuk saya berputus asa atau mengeluh.

“Biarpun berdepan pelbagai cabaran, saya tetap berusaha dan percaya bakat kecil ini akan diterima satu hari nanti.

“Lagipun, sebelum ini, saya tidak mempunyai single jadi sukar untuk khalayak mengenali dan mengingati kehadiran saya dalam bidang ini,” katanya.

Tampil dengan single pertama berjudul Ada Kamu, anak kelahiran Kuala Lumpur ini meletakkan harapan tinggi agar dirinya diterima.

Kata Putera atau nama sebenarnya Putera Muhammad Shamsull Kamar, dia percaya lagu Ada Kamu hasil ciptaan dua komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael bersama Faizal Tahir dapat menyentuh hati pendengar.

“Saya bangga kerana lagu ini dicipta dua komposer terkenal dan sangat berharap ia dapat menambat hati pendengar.

“Alhamdulil­lah, setakat ini Ada Kamu mendapat maklum balas baik daripada orang ramai apabila jumlah tontotan di YouTube semakin meningkat sejak dilancarka­n dua bulan lalu.

“Apa yang saya harapkan lagu ini dapat menembusi carta radio tempatan kerana percaya dengan cara ini pendengar akan lebih mengenali saya,” katanya yang melanjutka­n pengajian Sarjana Komunikasi Massa ia mudah dihadam dan menjadi halwa telinga pendengar.

“Saya yakin lagu Ada Kamu akan menjentik hati setiap yang mendengar kerana ia mengajak kita menghargai kehidupan dan mengejar impian.

“Dua kali saya masuk studio rakaman bagi memastikan lagu ini memenuhi kehendak emosi pendengar,” katanya.

Bernaung di bawah label SRC, Putera berharap ada sinar baru dalam kembara seninya.

“Bagi saya SRC adalah syarikat rakaman terbaik kerana sudah melahirkan ramai bintang terkenal,” katanya.

Kata Putera, dia berharap kehadirann­ya dalam industri seni tidak terpalit kontrovesi dan gosip murahan.

“Walaupun kontrovers­i atau gosip sebahagian publisiti, saya tidak mahu. Biarlah orang kenal saya kerana bakat bukan kerana cerita murahan yang tak membawa apaapa makna.

“Lagipun, saya tidak mahu keluarga berasa sedih apabila nama saya terpalit dengan cerita kurang enak,” katanya.

 ??  ?? Saya bangga kerana lagu ini dicipta dua komposer terkenal dan sangat berharap ia dapat menambat hati pendengar
Saya bangga kerana lagu ini dicipta dua komposer terkenal dan sangat berharap ia dapat menambat hati pendengar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia