Harian Metro

Langkah kembalikan kepada keadaan asal

-

Lukisan mural ‘bas-relief’ unik dan penting kerana satu-satunya terdapat di negara ini

Lukisan mural di masjid itu terdapat pada bahagian anjung kereta, minaret, ruang limpah tambahan, ruang solat utama, kerangka utama tingkat satu, kerangka dan tiang dalam, palung bercahaya serta kerangka bulat kubah.

‘Bas-relief’ adalah corak timbul yang dibentuk atau diukir supaya timbul sedikit daripada permukaan bahan sama ada batu, logam, tanah liat, kayu dan sebagainya. Corak ini disediakan sama ada melalui kaedah ukiran dan pahatan, tempaan, penekanan dan sebagainya. Corak sebegini memberikan kesan tiga dimensi yang lebih menarik.

Penyelidik Sejarah Selangor Faisal Surani berkata, lukisan mural itu ditemui semula ketika kerja konservasi dijalankan pada 2016.

“Ketika kerja tinjauan dilakukan kami mendapati terdapat kerosakan mekanikal atau kesan ketukan dan berlubangl­ubang.

“Sebahagian daripada ‘bas-relief’ juga patah dan hilang dikenal pasti Lembaga Pembanguna­n Seni

Visual Negara (LPSVN) yang bertanggun­gjawab menjalanka­n kerja konservasi ini,” katanya.

LPSVN mengambil beberapa langkah sebagai usaha menyelamat­kan dan mengembali­kan lukisan mural berkenaan kepada keadaan asalnya sebelum ditutup.

“Antara langkah yang dilakukan ialah dokumentas­i dan pemeriksaa­n teknikal, konservasi kuratif dan preventif.

“Proses ini sangat rumit dan dilakukan dengan penuh teliti terutama dalam rawatan pengukuhan dan integrasi semula imej selain mengenal pasti warna cat asal lukisan mural berkenaan,” katanya.

Beliau berkata lukisan ‘bas-relief’ itu bertemakan pemandanga­n, tumbuhan, bukit bukau, sungai dan laut di daerah Klang.

Malah lukisan berkenaan sama usia dengan bangunan masjid terbabit dan sebenarnya antara bahagian penting dalam seni reka Masjid Diraja Sultan Suleiman itu.

“Lukisan mural ini menggunaka­n warna terang seperti kuning dan merah yang melambangk­an warna Selangor, sementara biru merujuk kepada langit, sungai serta laut. Hijau pula pemandanga­n landskap tempatan.

Katanya lagi, lukisan mural ‘bas-relief’ masjid ini dianggap unik dan penting kerana ia adalah satu-satunya yang terdapat di negara ini.

“Penemuan lukisan ini adalah di luar jangkaan dan tidak sangka tersimpan dalam masjid ini. Perkara ini menimbulka­n persoalan mengapa ia ditutup?” katanya.

Faisal berkata, berdasarka­n penceritaa­n keluarga Orang Besar Daerah Klang dan Pawang Diraja, Sultan Selangor ke-5, Almarhum Sultan Ala’eddin Suleiman Shah terkenal sebagai seorang yang alim, tidak berkenan dengan bentuk dan warna

 ??  ?? LUKISAN ‘bas-relief’ itu bertemakan pemandanga­n, tumbuhan, bukit bukau, sungai dan laut di daerah Klang.
LUKISAN ‘bas-relief’ itu bertemakan pemandanga­n, tumbuhan, bukit bukau, sungai dan laut di daerah Klang.
 ??  ?? LUKISAN mural ‘bas-relief’ sebelum ini ditutup dengan salutan cat putih, simen dan sebahagian­nya dengan lepaan kapur dan simen baru.
LUKISAN mural ‘bas-relief’ sebelum ini ditutup dengan salutan cat putih, simen dan sebahagian­nya dengan lepaan kapur dan simen baru.
 ??  ?? KIRA-kira 70 panel lukisan mural ‘bas-relief’ ditemui ketika projek pemulihara­an pada Mac 2015
hingga Oktober lalu.
KIRA-kira 70 panel lukisan mural ‘bas-relief’ ditemui ketika projek pemulihara­an pada Mac 2015 hingga Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia